Monday, April 25, 2016

Formula Mengorat Isteri yang Paling Praktikal

Kau perasan tak bila frekuensi leter bini-bini bini kau bertambah kau akan nampak dia sebenarnya semacam kalut dan korang perasan tak di sebalik kekalutan itu dia sebenarnya kepenatan dan perasan tak di sebalik kepenatan itu dia mengejar tugas-tugas urgent yang tak pernah selesai.

Tugas-tugas yang nampak sungguh remeh macam basuh botol-botol susu anak-anak, masak, cuci pinggan mangkuk, kemas dapur, gosok kuali, buat susu anak-anak, cuci baju, sidai kain, suap anak makan, packing beg sekolah, jadi orang tengah anak-anak yang bergaduh, buat kopi untuk bapaknya itu ini itu ini yang semua kena buat dalam masa yang sama.

Dan kau perasan tak di sebalik leteran-leteran itu tersembunyi bahasa-bahasa sindiran dan di sebalik sindiran-sindiran itu tersembunyi satu perasaan cemburu.

Bukan cemburukan perempuan lain tapi cemburukan laki sendiri.

Cemburu sebab kau lakinya balik rumah boleh duduk goyang kaki order kopi dan dia terkejar-kejar buat kopi sambil risaukan kain di ampaian sebab langit sudah gelap.

Cemburu sebab kau lakinya bila nak makan dan dia nak duduk makan sama kau bagi arahan-arahan yang dia kena bangun setiap kali nak suap nasi -  tambah kicap, tambah nasi, tambah ais, nak telur dadar, nak air sirap, sampai dia naik menyirap.

Bila kau dah sendawa baru dia dapat duduk dan bila dia nak suap nasi kau panggil "maknya, anak berak ni.." sambil kau bersandar kat sofa tengok bola sambil cungkil gigi dan maki penjaga gol bodoh sebab bola dah dapat tangkap tapi terlepas juga.

Cemburu sebab bila kau dah tidur, dia ada sepuluh kerja lagi belum selesai.

Cemburu sebab bila dia nak buat kerja anak-anak merengek suruh tidur sama dan dia tau bila dia letak kepala atas bantal peluang untuk bangun sambung kerja amatlah tipis sedangkan kau dah berdengkur.

Cemburu sebab pagi-pagi dia siapkan 5 orang anak nak ke sekolah, tadika dan taska sampai dia pakai tudung pun senget dan muka berminyak badan berpeluh dan terlupa nak sembur perfume dan kau melenggang masuk kereta dan tekan hon dengan maksud " oi cepatlah".

Lepas tu dalam kereta bila terbuka siaran motivasi pagi ada ustaz suruh bini-bini berhias untuk suami kau kuatkan volume sambil cakap "ha betul tu".

Cemburu sebab dia dah habiskan masa 12 jam kat luar tolong kau bayar hutang dan beli barang dapur dan keperluan anak-anak tapi kau tak reti nak menghabiskan 5 minit tolong dia di rumah.

Cukuplah. Tak rajin lah pulak nak senarai panjang-panjang. Eheh.

Kau pernah dengar tak ustaz bagi ceramah yang Rasulullah s.a.w. pernah kata bahawa manusia yang paling baik adalah yang baik layanannya kepada bininya?

Kau tau tak kau perlu berlaku adil walaupun kau cuma ada sorang bini?

Kau tau tak Rasulullah bila balik rumah dia akan sama-sama buat kerja rumah dengan bini-bini dia?

Kalaupun kau tak mampu tiru Rasulullah kau tirulah incek papa. Ehem. Hehehe.

Aku bangun tidur aku tengok kain baju dah bersidai kat luar.

Aku tidur malam tak sempat gosok baju dia bangun pagi-pagi gosok baju sendiri.

Aku tengah makan dia tolong urus anak nak gi toilet.

Tiba time rajin dia tolong mop lantai.

Eh, macam promote laki sniri pehal? Eheh.

Jadi bila kau buat kerja rumah sikit-sikit (sikit je) bini kau akan rasa serba salah kalau nak berleter dan rasa bersalah bila terlanjur leter dan part paling best kau nak keluar lepak kedai mamak ke nak futsal sampai lebam ke nak karok dengan geng ke kau cuma perlu inform dia tanpa perlu minta kebenaran.

Taulah kan sekarang lakinya nak bagitau je nak keluar jap belum habis ayat bini dah sergah "kawan ke bini lagi penting?", macam lakinya kena mintak izin pulak nak keluar. Kih3.

Lepas tu kau akan perasan bini kau dah rajin nak melawa macam zaman-zaman kapel dulu.

Lepas tu kau akan perasan ayat sarkastiknya makin lama makin pupus.

Lepas tu kau akan perasan yang senyumnya lebih manis.

Dan banyak lagi lah perkara best lain.

Jadi moral yang paling penting yang kau perlu tahu ialah

Happy Wife Makes Happy Life.

Cer try.

6 comments:

Julie Shahril said... [Balasan]

knp ramai isteri2 skg stress tahap nak meroyan? kerana diaorang terpaksa menanggung beban yg sebenarnya bukan tugas diaorang pun.ni kalau mintak dr.fadzilah kamsah ceramah pasai tugas2 suami...mau berdesing telinga para suami dengar. lepas tu ada hati nak suruh bini bercantik2 mcm Nora Danish.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Suh duk asrama...semua kena buat sendiri...barudia tau..kannnzz..
Haha

Fnd Rocka said... [Balasan]

bila dah namanya suami isteri, pasti ada belas dan kasih dlm menjalankan tggungjwb bersama2. kemuncak belas dan kasih bila balik kerja suami tak bagi isteri memasak sebab risau isterinya penat, dan isteri pulak tak bagi suaminya tolg dia masak atau kemas rumah kerana tak mahu suaminya penat.walaupun akhirnya nanti isteri jugak yg akan buat suami perkara, sambil suami akan tolg tengok2, tapi isteri bahagia sebab dpt mengecapi nikmat berkhidmat kpd suami.dan suami akan buat kerja sbgai suami dlm membahagiakan isteri.mungkin bawak jalan2, layan isteri selfie, dgr bebelan isteri ttg kawan ofis, pujuk isteri merajuk, atau diam2 ikat perut nak belikan isteri baju raya.

cinta said... [Balasan]

Dia hensem sgt kot..
mmg haruslah bininya cantik mcm bora danish.
hehe..

cinta said... [Balasan]

Duk asrama senang sgt tu.
urus diri sniri je.

cinta said... [Balasan]

Isteri tak bagi suami tolong msk sbb nnti keja lg lmbat n dapur bersepah. Haha.

diam2 ikat perut nk beli baju isteri tu mmg touching la. Lebih2 lg utk isteri yg jenis asyik pakai baju bundle je.