Tuesday, April 19, 2016

Hari Sukan Sekolah


Mula-mula macam biasalah, ucapan cikgu besar, Pn. Zaharah, marching, bacaan ikrar dan rukun negara, nyanyi lagu negaraku, persembahan cheer leaders dari rumah kuning dan rumah merah, lepas tu pom-pom dance.

si leng lui join cheer leaders.

Hari  itu cikgu Lili telah berjaya membuktikan bahawa pinggang yang ramping bukanlah syarat sah pom pom girls. Tak sangka ada baju yang muat dengan si leng lui itu. Hehe..

Perasan tak incek badut yang kat belakang tu? Aku rasa yang ni bukan sebarang badut. Ini pertama kali aku jumpa badut yang berjanggut, pandai bagi salam dan memulakan majlis dengan bacaan al-fatihah. Dan aku lupa nak tanya dia kasut saiz berapa.

incek badut menerangkan cara bermain dan si leng chai ini cuba jadi badut kat belakang.

eh, awak pun menang jugak ke?
ye la.. kan ke kita sama kumpulan? Hadoyai...

Menang ke kalah ke macam tu lah menyengih dapat pingat.

Akaknya rumah kuning abenya rumah merah jadi dia boleh kata atas pagar.

Tidur peluk piala takut adik amik main.

Siang dah penat tapi malam tu masih bertenaga keluar tengok The Jungle Book.

0 comments: