Thursday, April 21, 2016

Mangkuk

Pagi ni singgah isi minyak kat Petronas Ampang Ukay.

Lorong-lorong sepi antara pam sempit tapi kalau pandai dan seharusnya kenalah pandai muat je dua kereta besar kat lorong antara pam.

Ada sejibik merc park sebelah pam no. 8. Gaya parking yang tak berperikemanusiaan. Blok lorong. Orang lain (aku) tak boleh park untuk isi minyak di pam sebelah yang satu-satunya kosong.

Seorang lelaki berimej korporat umur aku agak 45 ke atas keluar dari kereta.

Akhirnya kitorang tunggu pam hujung.

Sekali nampak lelaki korporat tu melenggang keluar dari kedai Mesra bawa paper.

Dia masuk kereta dan blah.


4 comments:

julie shahril said... [Balasan]

mcm2 kerenah kat petrol pump. ada yg dah selesai isi minyak, kita ni menunggu penuh sabar kat blkg dia. tapi dia tak gerak2. sekali tgk rupanya dia tgh berckp kat telefon. kita rasa otak dia tertinggal kat rumah, sbb tu tak boleh fikir. dia bkn je menyusahkan org blkg tapi membahayakan diri sndiri sbb guna telefon kat petrol pump.

cinta said... [Balasan]

Itu lah.
park dkt pam nk bli paper je.
dpn tu punya luas 3 biji lori pn boleh park.
tak faham.

Fendi Rocka said... [Balasan]

dia rasa gaji dia mahal, diri dia pun mahal.

cinta said... [Balasan]

Dia mangkuk corelle. Hehe.