Sunday, April 17, 2016

Mimpi di Siang Hari

Hari: lupa. Yg pasti week day.
Masa: waktu rehat tengah hari.
Tempat: stor jabatan di pejabat.

Tahap mengantuk hari itu adalah sangat luar biasa. Mungkin sebab dalam seminggu dua tu aku memang penat. Mungkin juga sebab dah beberapa malam tidur aku terganggu bila si kecik hensem tu kerap bangun malam. Mungkin juga kombinasi kedua-dua penyebab.

Lebih parah lagi bila minggu tu aku bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang memerlukan aku revamp design asal demi memenuhi citarasa pelanggan. Deadline pun tinggal beberapa hari je.

Dan tengah hari tu aku lebih rela tidur daripada makan walaupun aku memang kaki makan.

Aku sarung stokin, capai sweater dan cuba berhibernasi dengan aman di bilik stor yang dah dijadikan tiny mini musolla untuk wanita.

Pejam je mata aku dah start mimpi.

Pling pling pling.....

Ada satu rumah kampung di atas kawasan yang luas dikelilingi pokok-pokok besar dan tinggi macam dalam hutan. Suasana cerah. Nyaman dan menenangkan. Ada bunyi unggas berkicauan. Ada bunyi air.

Aku berdiri di serambi. Rumah tu terletak di kawasan yang agak tinggi. Tidak jauh dari rumah tu aku nampak sebatang sungai yang sangat jernih yang boleh nampak ke dasar dan biasan air yang kebiru-biruan, besar dan rasa aku agak dalam.

Ada seekor lembu sedang minum air di pinggir sungai. Tiba-tiba aku nampak ada seekor ikan puyu besar berenang ke arah lembu dan menelan lembu tu.

Pling pling pling.....

Sebenarnya ada beberapa episod. Tapi episod yang ini paling jelas dalam ingatan.

Adakah ada tafsirannya atau benar-benar sekadar mainan tidur?

Entah. Aku tak pandai menafsir mimpi.

4 comments:

Fendi Rocka said... [Balasan]

tandanya kau sedang kelaparan yg teramat

cinta said... [Balasan]

Ha ah ye la..
bgn tdo perut bunyi krong3.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Perghh....klu lah puyu tu mkn pancing, sure best melawan tarik...

cinta said... [Balasan]

dasar kaki pancing. Eheh.