Friday, April 1, 2016

Kitalah Punca Masalah

Pendapat aku ini datang dari pemerhatian aku sebagai orang biasa-biasa.

Jadi kalau ada yang salah dan ada potensi sesat lagi menyesatkan (nauzubillah) diharapkan kamu, kamu, dan kamu tolong sedarkan aku supaya kembali ke pangkal jalan insya Allah.

Ok berbalik kepada tajuk - apa masalah orang Islam ni sebenarnya?

Maksud aku, Islam adalah agama yang sempurna (I mean it), indah (I mean it too), walaupun mungkin tak semua yang disyariatkan dalam Islam itu kita suka tapi ya Islam itu the ultimately perfect religion.

Konsep ketuhanannya ultra sempurna.

Kitab sucinya ultra jitu.

Undang-undangnya sungguh adil dan saksama.

Tapi imejnya sungguh tercemar.

Sana-sini ada orang takut Islam.

Sana-sini orang Islam bawak masalah.

Apekehel?

Ok, abaikan seketika faktor-faktor syaitonirrojim dan segala faktor-faktor di luar Islam.

Kalau nak betulkan faktor luaran sampai bila pun tak selesai.

Macam nak dakwahkan syaitonirrojim supaya kembali ke pangkal jalan.

Nampak tak betapa gila idea nak membetulkan pandangan masyarakat terhadap Islam dengan meletakkan masalah tu datang dari luar dan nak kena repair dari luar.

Jadi meh tengok faktor dalaman.

Islam agama yang sempurna jadi macamana boleh ada faktor dalaman?

Haa tu lah. Perasan bagus sangat. Itu pun salah satu punca juga.

Eh, jangan la pulak tuduh aku kata Islam tu ada cacat cela.

Islam itu sempurna tapi yang mencacatkannya adalah Muslim.

Ya. Orang Islam sendiri yang mencacatkan agama Islam. Er dengan kata lain - KITA.

Kita maksudnya kamu, kamu, kamu, dan AKU.

Yang namanya Islam tapi bulat-bulat tolak Islam tu dah satu hal.

Yang bermuka-muka pun satu hal lagi. Asal cakap quote ayat quran, dah cambetul dah, dah tu cakap pasal wasatiyyah, tabayyun, kesatuan ummah lah bagai, cambagus dah. Tapi rupanya itu sekadar percubaan nak sembunyikan bangkai.

Lagi satu, yang ni kita sebagai orang biasa selalu buat - Kita praktik Islam sekerat-sekerat.

Buat sekerat tinggal sekerat.

Yang patut buat tapi kita tak buat kita buat-buat tak perasan.

Yang buat sekerat kita tonjol-tonjolkan macam besar sangatlah amal yang kita buat.

Masalah tu.

Contoh buat sekerat ikut Islam sekerat ikut nafsu:

Solat, puasa, semua buat tapi makan rasuah. Pang! Penampor sejibik.

Namanya imam tapi lepas solat duk serambi surau sambil hisap rokok sambil mengutuk (baca: mengumpat) pemimpin negara dan rambut bininya. Krik krik krik..

Pakai tudung tapi bila duduk kat belakang nampak spender. Ada gambar stroberiberi.

Baca quran tak faham lepas tu buat-buat faham lepas tu berkobar-kobar nak bom orang. Ah bingai.

Cakap pasal hudud berdegar-degar tapi bila parking sesedap rasa park kat petak OKU.

Buat masjid sana sini tapi kata hudud out-of-date dan zalim.

Drive nak pergi majlis ilmu tapi bila depan ada kereta jalan slow disondol-sondol di high light dengan maki hamun sorang-sorang dalam kereta secukup rasa.

Buka taska jaga anak orang tapi sudahnya budak yang dijaga lebam sana lebam sini retak sana retak sini. Entah orang ke anjing yang jaga.

Bini tolong cari duit 12 jam kat luar tapi kat rumah lakinya haram nak tolong kerja rumah walaupun 5minit untuk gosok baju kerja sendiri.

Curi, rompak, rogol, judi, pecah amanah.

Semua pun orang Islam ada buat.

Lagi sekali, apakehel?

Ok tolak ke tepi jap faktor undang-undang.

Tau lah mesti ada yang kata ha tu lah, hudud tak nak terima.

Hudud itu kena bincang dalam bab lain.

Berbalik kepada persoalan asal.

Apa yang tak kena?

Akhlak.

Ya. Akhlak.

Masalah kita adalah AKHLAK.

Kita tekankan syariat. Bagus. Tapi akhlak pun kenalah seiring.

Allah dah bagi Quran dan dah terangkan spesifikasi untuk akhlak yang baik.

Tak cukup? Allah utuskan lagi rasul sebagai model.

Tapi tu lah. Kita (termasuk aku lah) ni ego lebih, perasan bagus, hasad, berprasangka, tamak, etc etc.

Baru buat tahajud sekali dah perasan suci macam malaikat.

Nampak orang tak tutup aurat tiba-tiba perasan sendiri lagi bagus sebab bertudung.

Cerita bab agama pung pang pung pang tapi nak masuk tol selamba potong queue.

Pakai dah macam muslimah sejati tapi makan kenduri ambik lauk buffet menggunung tapi makan dua tiga suap je.

Nampak tak buruknya akhlak kita?

Jadi mulai hari ini meh kita ikut akhlak Rasulullah s.a.w.

Mula-mula meh bersihkan hati. Susah kan. Tapi meh lah cuba.

Buang prejudis. Buang hasad dengki. Buang perasan bagus. Istighfar banyak-banyak dan jom pakat-pakat kira dosa sendiri. Bukan sibuk dengan dosa orang.

Kemudian mulakan dengan langkah pertama yang paling simple.

Kalau sebelum ni pattern muka ketat (macam aku) mulakan dengan selalu senyum.

Kalau sebelum ni pattern suka forward cerita dan berita sensasi (macam aku) yang ada potensi mengaibkan orang mulakan dengan simpan dulu berita tu. Lepas 3 hari baru tengok balik then fikir balik patut ke tak patut forward berita tu.

Kalau sebelum ni gelojoh di jalan raya (macam aku jugak), cuba bertenang dan selalu istighfar. Kereta lembab depan kita kat fast lane, sabar, tak payah hon, bagi high beam sikit cukuplah, tak perlulah maki dengan percuma.

Lain-lain fikirlah sendiri ya. Banyak sangat kalau nak senarai.

Dengan orang yang kita tak kenal, dengan uncle Chong kedai tayar, dengan minachi jual jambu batu, dengan pak Mat lori buah, dengan Ali rojak, dengan anak-anak, dengan suami dengan isteri, dengan mak ayah, mak mertua pak mertua, ipar duai, kawan-kawan pejabat, bos dan big bos, dengan cik kak kaunter pejabat pos, dengan jiran, dengan kucing dengan anjing, dengan semualah, berakhlaklah dengan semua.

Semoga dengan akhlak yang baik itu bakal mempermudahkan urusan orang-orang yang berdakwah dan membuka hati ramai orang untuk menerima hidayah Allah.

Insya Allah..

***

Hah apa lagi, istighfar lah.
Eheh.


7 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Gelojoh di jln raya??! Huh...caner tu? Tgh imajin
Haha...

Julie Shahril said... [Balasan]

rasa macam nak share entry ni kat fb lah, biar semua baca. entry yang bagus. syabas meri beti. terima kasih kerana mengingatkan.

cinta said... [Balasan]

Kat sini ada contoh2 gelojoh di jln raya

http://m.buro247.my/culture/buro-loves/the-12-types-of-driving-behaviour-you-ll-find-in-k.html

Silakan melawat.

cinta said... [Balasan]

Silakan k.julie. didahului dgn ucapan terima kasih.
Wpun mcm bebelan cik kak cik kak harap2 boleh menyumbang kpd pembaikan kita semua.

Fnd Rocka said... [Balasan]
This comment has been removed by the author.
Fnd Rocka said... [Balasan]


kat ofis tadi bos aku ada sampaikan satu khabar gembira, aku pun "Yesssss" panjang, ingat nak lompat-lompat tapi kebetulan tgh makan,org cakap tgh makan jgn lompat2.

Bila bos aku nampak aku kemain yessss panjang, dia cakap 'alhamdulilah'. terus aku berhenti yesss panjang dan teringat tuhan. bos aku ni non-muslim.

pada pandangan orang biasa2, kau rasa cemana berkenaan hal ni.ook ke kalau non muslim ucap alhamdulilah atau insyaAllah

cinta said... [Balasan]

Krik krik krik..
ha2. Nasib baik tak lompat.

Hmm.. aku nk jwb tang pndpt yg melibatkan hukum ni seriau sikit nk jwb.

Sblm aku mula mnjwb sila baca disclaimer dulu. Hehe.

Sekadar berdasarkan apa yg aku ingat aku pernah blajar. Jadi bila brdasarkan apa yg aku ingat bermakna aku tak dapat nak berikan rujukan atau dalil dgn jelas. Almaklumlah ilmu seciput. Harap maklum bahawa segala hukum hakam dlm Islam mstilah berdasarkan dalil. Islam adalah agama yg berasaskan bukti. If we don't have proof then we don't say it. Utk mengatakan bahawa tuhan itu ada pun memerlukan bukti. Kan. Jadi harap minta pencerahan drp mereka yg pakar. Mereka yg ada ilmu dan mampu memberikan bukti terhadap pendapat mereka.

Sekian disclaimer. Hehe.

Sekarang ni pndapat aku. Mu dengor molek.

Bakpe mu dok gugel? Hehe...

Nah, sila terjun ke sini

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17692.0

Sekian. Harap membantu.