Wednesday, April 20, 2016

Kedai Tudung Online yang Best

Tudung Si comel

Aku tak pasti macamana aku boleh terserempak dengan laman ni.

Laman membeli-belah tudung kanak-kanak yang produknya bermutu dan servisnya tip-top.

Insya Allah takkan kecewa dengan kualiti dan servis. Bukan sahaja layanannya sungguh mesra, malah ada after sale servis dan tokeynya aku rasa sungguh humble (tak kenal pun tapi berdasarkan cara beliau berkomunikasi dalam emel dan whatsapp).

Selain tudung ada juga jubah, telekung, anak tudung, tudung sekolah, tudung yang boleh convert jadi telekung dan ada baju sekolah yang ciri-cirinya aku rasa sangat best.

Tudung sekolah tu silap-silap mak budak pun boleh pakai. Mak budak yang saiznya comel macam aku lah tapinya. Eheh.

Aku pernah order instant shawl untuk si leng lui yang kategori factory reject dengan harga yang sangat murah dan ada amaran bahawa factory reject ada kecacatan atau sedikit kekotoran.

Tapi bila dah dapat sampai hari ni aku tak jumpa tang mana cacat dan kotornya. Puas hati.

Weak point mungkin pada cara bayaran yang tiada pilihan mol tapi ok je, boleh online bank in lepas tu screenshot resit then whatsapp lah kat nombor yang diberi.

Apa lagi, gi lah jenguk.

0 comments: