Tuesday, September 26, 2017

Arak 2017: Episod 1- Pandangan Seorang Loyar

Kadang-kadang bila kita nak tunjuk pandai, kita sebenarnya lebih kepada memandai-mandai, akibatnya kita taklah nampak pandai.

Tak kira lah kita lawyer ka, majistret ka, ahlil musik ka, doktor gigi ka.



Mula-mula sila rujuk gambar.

Kemudian sila klik sini untuk lebih faham apa yang makcik nak leter nanti.

Dah terjun ke pautan sinun? Dah baca? Sila hadamkan.

Nanti bila senang mak cik akan kembali berleter.

Ok, see you.

Tuesday, September 19, 2017

Jawatan Kosong di Kelantan


Kilang minuman kacang soya.

Lokasi : Kelantan.

Berminat sila hubungi nombo yang tertera.

Sekian terima kasih.

Monday, September 18, 2017

Simbiosis


Symbiosis (from Greek συμβίωσις "living together", from σύν "together" and βίωσις "living")[2] is any type of a close and long-termbiological interaction between two different biological organisms, be it mutualistic,commensalistic, or parasitic. The organisms may be of the same or of different species. In 1879, Heinrich Anton de Bary defined it as "the living together of unlike organisms".
Symbiosis can be obligatory, which means that one or both of the symbionts entirely depend on each other for survival, or facultative (optional) when they can generally live independently.
***
Mutualism or interspecies reciprocal altruismis a relationship between individuals of different species where both individuals benefit.[17] In general, only lifelong interactions involving close physical and biochemicalcontact can properly be considered symbiotic. Mutualistic relationships may be either obligate for both species, obligate for one but facultative for the other, or facultative for both.

***
Sumber teks: Wikipedia

Friday, September 15, 2017

Selamat Hari Malaysia



Semoga Malaysia lebih aman, makmur, dan bebas jenayah dan rasuah.

Tuesday, September 12, 2017

Homework


Satu hari budak ini tersalah bawa balik buku kerja kawan sekolah.

Bila buka nak buat English homework yang cikgu bagi, baru perasan buku tu bukan dia punya. Cantik macam buku baru. Buku dia memang dah lebam. Camana boleh tak perasan tersalah ambil.

Bila belek-belek, memang macam buku baru. Tuan punya buku tu tak pernah buat homework. Selamba je.

Akhirnya dia tutup buku dan cari kerja sendiri.

Thursday, September 7, 2017

Siapa Tuhan Kamu?


1. Adakah iman itu bermaksud percaya secara membuta tuli atau suatu keyakinan yang berasaskan bukti?

2. Jika segala-galanya ada penciptanya, jadi siapa yang mencipta tuhan?

3. Jika tuhan itu boleh melakukan apa saja, kenapa tuhan tidak boleh mempunyai anak?

4. Jika tuhan itu maha berkuasa, bolehkah tuhan mencipta sebiji batu yang paling berat yang dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?

5. Jika tuhan itu baik dan mampu melakukan apa saja, dari mana datangnya kejahatan?

Temui jawapannya dalam ceramah ini - Who Is You Lord? By Dr. Bilal Philips.

* durasi video : 1 jam

Monday, September 4, 2017

Karak ke Gombak - Sebuah Misteri Jarak dan Masa

Zaman bujang dulu dulu dulu pernah la drive 12 jam balik Terengganu. Kelisa GXi. Maksudnya? Keta kecik dan manual.

Tapi memandu zaman bujang dengan jadi co-pilot zaman dah berkeluarga, jadi co-pilot zaman dah berkeluarga adalah lebih penat.

Penat macam mana dan sebab apa rasanya tak perlu lah aku huraikan. Yang dah berkeluarga dah sedia maklum. Yang belum harap bolehlah melakukan persediaan mental, fizikal dan spiritual.

Yang penting kita kena tahu kalau jadi co-pilot zaman dah berkeluarga ni penat, apa lagi mereka yang jadi pemandu di zaman dah berkeluarga. Sambil memandu sambil dengar pelbagai saluran radio dan janggut dibelai-belai oleh tangan comel. Penat woo..


Jadi tahniah untuk para pemandu yang berjaya menempuh 4 jam Tol Karak - Tol Gombak tadi. Ucapan tahniah ini adalah terkecuali untuk mereka yang gelojoh menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab kecemasan dan memotong barisan tanpa sebab yang munasabah. Harap maklum.

Hari ni pecah rekod peribadi. 15 jam Besut -KL. Apa-apa pun, yang penting selamat sampai. Alhamdulillah.

Wednesday, August 23, 2017

Sorry

Malam tadi dak leng lui yang itu merajuk sebab kena marah dengan papanya. Princess kalau kena marah rajuknya panjang, air mata dengan hingus jangan ceritalah.

Puncanya - manner related. Dah diberitahu berkali-kali tapi dibuat juga tanpa was-was memang cari penyakitlah namanya tu.

Anak-anak papa manner mesti nak elok. Jangan buat lebih kurang. Lebih-lebih lagi umur dah jejak tujuh tahun. Jangan ada bunga-bunga kurang ajaran takut-takut bakal menghasilkan manusia dewasa yang korup akhlaknya. Melentur buluh biar dari rebung. Gitu.

Tapi lepas tu ada sesi penerangan. Mesti diterangkan sebab papa marah supaya anak-anak papa faham. Marah papa bukan suka-suka nak tunjuk kuasa.

Lepas sesi penerangan sesi berpelukan dan bermaaf-maafan. Papa minta maaf sebab marah anak papa. Anak papa pun kena minta maaf sebab buat perangai.

Selesai. Alhamdulillah.

Moral: Mak ayah jangan segan minta maaf dengan anak.

Monday, August 21, 2017

Bubur Bayi Segar dan Ekspres

Masak *nasi macam biasa.

Goreng atau bakar ayam atau ikan, macam biasa.

Goreng atau celur sayur macam biasa.

Lepas tu

Ambil nasi sesudu besar, ambil sikit ayam atau ikan kat bahagian yang paling lembut dan tak ada perasa dan sebarang minyak, ambik sayur sikit, masukkan semua dalam **lesung dan tumbuk lumat, lepas tu masukkan air panas sikit, kacau-kacau dalam lesung,

Siap!

Kelebihannya, tak perlu lagi nak guna ekstra periuk untuk masak bubur, jimat gas, jimat masa, jimat tenaga.

Dan bubur juga adalah yang baru dimasak, bukan yang dah siap blend tiga hari sebelum dan disimpan dalan peti sejuk.

Selamat mencuba.

*nasi mesti guna beras biasa. Jangan guna beras-beras sihat yang kurang kanji.

** jangan gunakan lesung yang baru lepas tumbuk sambal belacan. Naya baby tu.

Friday, August 18, 2017

Leng Lui Inspired


Kerja. Kerja. Kerja.

Mengantuk.

Telan kopi.

Tak membantu.

Capai cebisan kertas, capai pensel.

Selesai.

Sambung kerja.

Thursday, August 17, 2017

Sama Kacak




Baju yang sama.

Senyum yang serupa.

Wednesday, August 16, 2017

Suratan dan Kebetulan - Review

Entri sebelum ni agak samar dan salah pemahaman mungkin berlaku.

Salah aku sebab aku rojakkan semua cerita tanpa ada pembahagi cerita.

Memula cerita pasal ular dalam rumah dan gaduh laki bini. Lepas tu cerita pasal mimpi laki keluar lunch tetiba betul pulak jadi dan TERsebut pulak intuisi Bella.

Lepas tu cerita pulak istikharah dan redha.

Kalau dikaitkan sangat lah logik kalau orang nak simpulkan cerita A sampai Z adalah pasal laki bini.

Salah.

Cerita gaduh selesai kat perenggan gaduh tu je.

Cerita keluar lunch pula tak ada kena mengena dengan perempuan.

Cerita istikharah tak ada kena mengena dengan hal laki bini. Lebih kepada hal harta benda sebenarnya.

Maaf kalau buat korang semua risau. Aku tahu korang semua sayang aku (perasan jap).

Jangan risau. Rumahtangga aku sangat bahagia. Akhir-akhir ni banyak luangkan masa berdua. Anak-anak hantar taska. Mama papa keluar dating. Hehe.

Pengajaran untuk aku - nak cerita biar terang.

Tuesday, August 15, 2017

Suratan dan Kebetulan

Beberapa bulan lepas aku pernah mimpi ular dalam rumah. Seekor warna beige dengan tompok-tompok pink. Lagi sekor warna biru berkilat.

Yang warna biru tu anak aku yang nombor tiga angkat nak buang keluar rumah.

Rupa-rupanya ular biru berkilat tu jelmaan jin (agaknya) sebab tak semena-mena ada muncul sorang awek berbaju dan bertudung biru berkilat macam warna ular tu, dengan mekap trend terkini, eyeliner tebal keliling mata, bibir merah, berjalan keluar rumah sambil senyum dengan jelingan mata yang tajam yang aku ingat sampai hari ni.

Beberapa hari lepas tu aku gaduh dengan incek papa. Eheh. Biasa ler.. laut mana yang tak bergelora. Yang penting dah selesai dan segalanya bertukar menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Lepas mimpi ular masa tidur malam, aku mimpi masa tidur tengah hari kat pejabat. Aku mimpi tengah hari tu incek papa mesej bagitau beliau keluar makan dengan kawan-kawan. Balik kerja aku tengok kereta park kat petak parking lain yang bukan petak parking masa datang kerja pagi tu. Lepas tu incek papa bagitau tengah hari (tadi) dia keluar lunch dengan kawan-kawan. Aku tak tau apa signifikan mimpi ni sebab aku bukan kisah pun kalau dia nak lunch kat luar. Tak berapa lama lepas tu viral cerita intuisi Bella Astila. Hmm..

Lepas tu ada beberapa lagi peristiwa kebetulan sampai lah hari ni.

Yang paling best sebab keputusan dan tindakan yang aku buat akhir-akhir ni adalah agak di luar kebiasaan aku. Aku dah kurang peduli dogma dan stigma. Lebih kepada ikut kata hati. Tapi minggu lepas full tiap-tiap hari buat istikharah. Untuk apa aku belum ada rasa nak cerita. Ngeh..

Selalu lah doa minta Allah takdirkan yang terbaik, kemudian tengoklah apa jadi lepas tu walaupun kita tak suka pada mulanya tapi kemudian baru terasa nasib baik jadi macam tu. Paling seronok bila rasa macam tak sangka boleh turn out jadi sangat best.

Pokok pangkalnya redha dan selamatlah berbahagia.


Sunday, August 13, 2017

Tiga Sebab Aku Tak Update Blog

Kenapa aku lama tak kemaskini (update) blog? Walaupun korang tak nak tahu aku nak juga cerita. Sebab ini akan jadi bahan bacaan aku di masa hadapan kalau panjang umur.

Sebab pertama : akhir-akhir ni rasa macam tak cukup tidur. Jadi daripada aku duk mengadap blog aku rasa tidur itu lebih berfaedah untuk tubuh badan aku. Nampaknya aku sememangnya seorang yang tahu membezakan mana yang lebih penting. Ehehe.

Sebab kedua : akhir-akhir ni rasa macam sibuk bebenor. Kat rumah kalau berpeluang pegang phone cuma untuk set alarm, off alarm, dan jawab panggilan. Sesekali baca juga mesej-mesej. Atau mungkin 'scan' mesej itu lebih tepat berbanding 'baca'.

Sebab ketiga : akhir-akhir ni rasa macam nak kedekut dan tak nak kongsi sebarang pandangan dan cerita. Ini penyakit yang sangat tak best kalau berkecimpung dalam dunia blog. Sama pangkat dengan penyakit malas lah ni agaknya.

Jadi entri ini aku anggap sebagai permulaan untuk kembali bersemangat update blog.


Friday, July 28, 2017

Masjid Nilai Berjuta Sedang Asnaf di Depan Mata

Bukan aku yang tulis. Aku salin bulat-bulat mesej whatsapp ni. Sumber asal tidak diketahui. Harap-harap mesej ni sampai kepada mereka yang ada kuasa untuk bertindak.

*******

~ Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata ~

Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Aku cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Aku cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist aku. Mohon panjangkan cadangan aku ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

Sila viralkan hingga sampai ke AJK Masjid/Surau, Pegawai Majlis Agama Negeri dan JAKIM.

Wednesday, July 26, 2017

Resepi Teh Tarik dan Teh O

Ihsan Google. Cer tengok watermark untuk sumber.

Sila tengok gambar. Selalu jumpa kan teko macam ni kan? Terutamanya rumah mak-mak kita. Dah macam jadi syarat sah dapur rumah.

Meh tengok macamana teko ni boleh membantu menghasilkan teh tarik dan teh o yang sedap tanpa perlu merasa.

Teh tarik:
5 uncang teh, air panas mendidih sampai PANGKAL leher teko, biarkan teh berendam sekejap, susu pekat manis 4 sudu makan penuh kalau susu tu baru keluar dari peti sejuk / 5 sudu kalau susu tu dalam suhu bilik. Lepas tu masukkan secubit garam untuk enhance rasa lemak berkrim disukai ramai. Jangan sampai masin pulak. Secubit je. Ok dah. Tak payah nak rasa lagi dah. Insya Allah disukai penggemar teh tarik.

Teh O:
1 uncang teh, air panas mendidih sampai leher teko, 4 sudu makan gula kasar. Siap.

Selamat mencuba.

Saturday, July 22, 2017

I Am Me

Sekarang tengah trending lagu I Am Me yang dinyanyikan oleh seorang yang berkulit puteh.

Tapi aku suka lagu I Am Me yang dinyanyikan oleh seorang budak hitam.

Lagu ni

Willow Smith - I Am Me

I'm me, I'm me, and that's all I can be
I'm me, I'm me, it's my one ability
I'm free
And you can't stop me,
I'm free, and that's all I can be

Days pass, I'm tryna find who I really am
I've been looking
People don't like the way I dress
So it won't matter, I've been looking
I've done my hair and it's not just that easy
I've been looking
Your validation it's not just that important to me


I'm me, I'm me, and that's all I can be
I'm me, I'm me, it's my one ability
I'm free
And you can't stop me,
I'm free, I'm meee, and that's all I can be

Night falls and I find it here I am in peace
I've been looking
Making friends with spirits lost
And it sets me free, I've been looking
Express myself cause it's my liberty
I've been looking
Your validation it's not just that important to me


I'm me, I'm me, and that's all I can be
I'm me, I'm me, it's my one ability
I'm free
And you can't stop me,
I'm me, I'm free, and that's all I can be

I am me, I am me, I am me
I am free, I am free, I am free
I am me, I am me, I am me
I am free, I am free, X 2

Ooooooooooooohhhhhhh

Create yourself, redo yourself
Renew yourself
Be you, do what you do,
Hold your head up high, everything's gonna be alright
You're you, I'm me, let's live in harmony
Coexist with each other, love each other
Be yourself
You have to be yourself, be real, be honest
Cause ain't nobody got time for that
They really don't, so listen to me
Listen to this song, because this is real facts
That will help you move along, yeah
That's all I wanted to say, so I love you guys so much
Hope you like the song and you know, yolo, misfits


Thursday, July 20, 2017

Feeling Superior


Kecik-kecik dulu aku suka makan mi guna chopstick. Mungkin mi tu rasa lebih sedap kalau makan guna chopstick. Eheh. Dasar budak-budak suka main-main.

Tapi aku tak berani bercerita kat kawan-kawan kat sekolah. Sebab? Kata diorang makan guna chopstick macam Cina, macam orang kafir makan. Erk.. Ayah aku yang ustaz tu pun tak pernah larang aku makan guna chopstick. Tapi tak lah pula aku nak berdebat dengan diorang. Sekolah rendah, darjah empat ke darjah tiga (lupa), nak debat aku tak reti lagi nak keluarkan dalil dan bukti-bukti logikal yang ampuh dan mampu difahami tanpa fikir mendalam.

Itu zaman aku kecik-kecik.

Hari ni ada sorang kawan satu pejabat tak nak makan kat restoran mi tarik kat kawasan pejabat aku ni. Alasan dia sebab banyak tulisan Cina. Aiyaa..

Pemilik dia Cina. Tukang buat mi tarik pun Cina. Nama restoran pun nama Cina. Menu pun bahasa Cina. Resit pun tulisan Cina.

Tapi kawan aku tu bukan tak tahu makanan kat restoran tu HALAL. Pekerja-pekerja yang buat mi tarik tu MUSLIM. Tauke restoran tu MUSLIM. Hari Jumaat pukul satu dia naikkan signboard Closed dan dia pergi solat Jumaat. Pelanggan-pelanggan yang sedia ada dalam restoran diuruskan oleh isteri dia.

Masa restoran tu tengah renovate dulu selalu juga aku nampak tauke Cina tu solat kat dalam kedai bila masuk waktu. Tauke gerai Melayu kat depan tu pun kadang aku tengok selamba berniaga waktu orang solat Jumaat.

Kadang kita rasa kita lagi bagus cuma sebab keturunan kita. Kita lupa keturunan bukan kita yang tentukan. Kalau Allah dah takdirkan kita lahir sebagai Melayu, Melayu lah kita. Kalau Allah takdirkan lahir sebagai orang Mongolia, Mongolia lah kita.

Kalau Allah takdirkan kita lahir dalam keluarga muslim, alhamdulillah. Share la dengan orang yang bukan Islam. Jangan kedekut. Eh, maksud aku kongsi maklumat.

Tapi ada juga yang tak cerdik bila tak tau nak bezakan antara bangsa dan agama. Bangsa ditentukan oleh keturunan. Agama ditentukan oleh pegangan. Mu reti dok lagi?

Jadi jangan la nak perasan lebih mulia cuma sebab keturunan semata-mata.

Wednesday, July 19, 2017

Lampu Isyarat di Simpang Tiga Plaza Flamingo

Kadang-kadang manusia tak kisah buat diri sendiri nampak bodoh.

Lebih pelik kalau dah buat kerja bodoh rasa bangga pula.

Peraturan dah macam seronok kalau dilanggar. Rules are meant tu be broken katanya. Pui..

Kalau lampu isyarat tu dah merah reti-retilah berhenti. Itu pun nak kena ajar ke.

Aku ingat kena letak palang kat lampu isyarat. Lampu merah je palang turun.

Tuesday, July 18, 2017

Mi Megi Kari Home Made yang Bebas MSG


Kadang-kadang tekak mengada-ngada tak mau makan nasi. Teringin pulak mi megi kari. Tapi kalau anak-anak tengok diorang pun nak juga. Masalahnya perencah mi segera ni kandungan msg melampau. Tak sesuai untuk kanak-kanak.

Jadi meh kita buat mi megi kari yang bebas msg.

Mula-mula cari mi yang macam dalam gambar tu. Jenama ni mi dia tebal sikit. Ada satu jenama lagi tu mi dia nipis sangat.

Lepas tu siapkan bahan-bahan untuk kuah kari megi yang macam cair tu.

Bahan-bahan:
-Bawang besar (hiris)
-Bawang putih
-Udang kering / udang geragau (direndam dan bersihkan)
-Rempah kari (bancuh dengan air jadikan paste kari)
-Santan / susu cair / susu segar (sikit je lebih kurang 2 atau 3 Oz)

Mula-mula tumiskan bawang putih yang dah ditumbuk dengan udang kering.

Bawang besar tu boleh ditumis sekarang atau kalau suka boleh masukkan lepas masukkan air nanti. Ikut selera masing-masing lah.

Bila dah naik bau dan dah nak tukar warna tumiskan paste kari.

Bila dah naik minyak tuang lah air. Berapa banyak air tu bergantung kepada berapa banyak mi.

Kalau bawang merah tu belum ditumis masa awal proses tadi boleh lah masuk masa ni.

Lepas tu masukkan lah santan atau susu. Buat cair-cair je.

Dah tu taruk le garam..

Kalau nak meriah tambah lah ayam ke tauhu ke sawi ke fish ball ke fish cake ke. Kalau takde pun takpe. Jadi la megi bujang.

Lepas tu taruk le mi megi tu. Sama ada dah rebus siap-siap atau nak didihkan dalam kari. Suka hati lah.

Dah tu nak hidang tabur lah bawang goreng ke daun bawang ke.

Siap. Senang kan.

Wednesday, July 12, 2017

Butang Baju Melayu

Ada satu perkara yang misteri bagi aku.

Sejak berumahtangga, incek papa tak pernah nak butangkan sendiri baju melayu dia. Tiap kali pun kena aku yang butangkan. Pernah juga buat-buat sibuk tapi mata jeling-jeling pandang. Memang terkial-kial dia nak butangkan. Dah tu salah arah pulak. Dia butang dari dalam ke luar.

Akhirnya aku jugak yang butangkan. Masalahnya nak butangkan leher dia memang aku kena panjat kerusi. Sila bayangkan Jaya Bachchan butangkan baju Amitabh Bachchan dalam Kabhi Khushi Kabhi Gham. Lebih kurang gitu lah.

Yang menjadi misterinya dah lapan tahun kot takkan takleh butang sendiri? Aku syak dia saja nak manja-manja sebab aku asyik belek anak je. Sesekali nak gak merasa dibelek-belek. Agaknya lah.

Friday, July 7, 2017

I Love This View

Mama, tutup lampu please.. silau la.. nak tidur lagi ni..

Pandanglah bayi dari perspektif mana pun tetap nampak comel. Tak payah sibuk nak adjust angle sini sikit sana sikit nak nampak slim la, comel la, kena posing cenggini cenggitu.

Tuesday, July 4, 2017

Berpandangan Jauh

Belajar menjahit la pulak.

Dak leng lui ni, lepas balik kampung itu hari dia ada idea baru.

Katanya bila dah besar nanti dia nak pencen.

Darjah satu pun belum habis.

Monday, July 3, 2017

Apa Yang Buat Kanak-kanak Suka Beraya di Kampung?

Selain daripada melaram baju raya kasut raya songkok raya tudung raya, selain daripada dapat makan macam-macam kuih raya, selain daripada dapat minum air gas yang selalunya mama susah sangat nak bagi kelulusan minum, selain daripada dapat duit raya, ada beberapa perkara yang membuatkan budak-budak (terutama anak-anak mama) suka sangat kalau balik beraya di kampung.

Beberapa perkara yang kebanyakannya takkan dapat diorang buat masa kat New York Ampang.

No.1 : Sepahkan Main permainan orang lain.

Sepahkan mainan banyak-banyak. Baru la macam rumah yang ada cucu nakal balik beraya.

No.2 : Main badminton guna bola sepak.

Raket bengkok, selipar terbalik.

No.3 : Calarkan meja kopi Mok Tok.

Seluas-luas rumah tu situ jugak nak duduk main.

No.4 : Naik kenderaan yang tak pernah dilihat lepas tu suruh papanya tolak laju-laju.

Lepas corner, terbaring.
No. 5 : Main basikal orang dan boleh kayuh laju-laju tanpa risau dilanggar kereta. Cuma tuan-tuan kereta yang risau kereta dilanggar basikal.

Corner baring.

No. 6 : Main buai bawah pokok rambutan.

Suruh Ki nya hayunkan.

No.7. : Dapat tengok perarakan lembu.

Sekali lembu tu tegur terus dia cuak.

No. 8 : Main dan gaduh dengan sepupu-sepapat.

Bila sorang main basikal semua nak main basikal. Bila sorang main pedang semua nak main pedang. Berebut adalah satu bentuk keseronokan.

No. 9 : Main bunga api.

No. 10 : (Malas dah nak tulis. Takde gambar dah)

Masih dalam mood raya. Selamat hari raya.

Wednesday, June 28, 2017

Sunday, June 25, 2017

Rendang Ayam Cili Padi Nogori

Kaler cenggini dah macam terlebih kerisik.

Tahun ni giliran aku buat rendang.

Ayam kampung bela sendiri. Kelapa pun hasil tanaman kat laman. Terasa sungguh tradisional di situ. Cuma aku terlepas adegan kejar ayam dan sembelih ayam tu.

Berkat buat sibuk dan mengacau mak mertua di dapur selama ni agaknya buat aku hafal bahan-bahan rendang ayam ni.

Cuma masalah masakan Melayu ni selalunya sukatannya main agak-agak je. Paling tak pun sukatan ikut inci atau ukur pakai ibu jari kaki. Benda makan boleh pulak ukur sebesar ibu jari kaki :p. Mungkin inilah namanya masakan dari kaki hati.

Jadi kalau aku nak kongsi resepi di sini takut pula kalau tak berapa menjadi. Nanti lah kalau dah dapat sukatan dan nisbah yang elok aku kongsikan.

Wednesday, June 21, 2017

Nenong Nenong Nenong

Ampun dan maaf hamba pohonkan kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa emoji spam daripada nombor hamba.

Kepada mok, incek papa, cikgu tadika.

Sesungguhnya pembuat angkara masih belum insaf dan bakal kembali aktif menghantui skrin telefon anda.

Jadi, ampun dan maaf in advance.



Mmphh dapnya oti kwim..

Friday, June 16, 2017

Berilmu Beramal

Satu hari masa tengah dengar radio tiba-tiba keluar lagu raya. Aku pun tiba-tiba jugak "Yay lagu raya".

Tetiba ada suara sound "Ish, lagu raya", dengan rupa ala-ala pak imam. Laju je tangan pak imam tu tukar channel lain. Baru nak mood kenangan raya zaman budak-budak.

"Loh, dah nak raya apa salahnya dengar lagu raya. Takkan nak dengar lagu krismas pulak". Macam aku buat dosa pulak dengar lagu raya.

"Bulan puasa ni dengarlah lagu Ramadhan.." Jawab pak imam dengan ekspresi muka pak Wahab.

Ok fine. Layan je la channel yang itu.

Tapi channel yang dia tukar tu berkumandang lagu pop mat saleh.

Oo.. Macam tu lagu Ramadhan rupanya.

Thursday, June 15, 2017

Arab

Masa kecik-kecik dulu aku ingat seluruh semenanjung Arab tu satu negara.

Aku ingat nama Emiriah Arab Bersatu tu nama rasmi negara Arab. Macam nama Malaysia.

Aku ingat Arab Saudi tu nama lama. Macam nama Malaya dan Tanah Melayu.

Aku ingat Qatar, Yaman, Bahrain, tu semua cuma nama negeri. Macam Pahang, Selangor, Terengganu.

Dulu dulu dulu aku hairan bila tahu yang Palestin tu taklah sebesar mana, orang Yahudi pun taklah seramai mana, tapi apekehelnya orang Arab tak back-up Palestin.

Dah besar sikit baru aku tahu orang Arab ada banyak negara, banyak ideologi.

Dah besar sikit baru aku tahu orang Arab masih gemar berpuak-puak.

Sekarang aku rasa macam penyakit yang dah terkena orang Arab macam nak berjangkit kat orang Melayu. Aku harap sistem imun kita masih kuat.

***

Cerita lain.

Dak leng lui dapat 100% subjek bahasa Arab, exam itu hari. Aku dulu mula-mula belajar bahasa Arab masa tingkatan satu. Exam dapat E. Hee...

Aku intai result dia kat sini.

Senang untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak.

ò


***

Cerita lain.

Sekarang dah mula kedengaran lagu-lagu raya buat aku teringat biskut arab yang aku tak pasti orang Arab tahu ke pasal kewujudan biskut raya ni.

Kisah Aku yang Tewas Di Sepuluh Malam Terakhir

Akhir-akhir ni aku ada satu penyakit. Sebenarnya penyakit ni nak kata baru jadi tak juga. Tapi kebelakangan ni makin menjadi-jadi.

Penyakit mudah bebenor tertidur. Pantang sandar kepala kat sebarang objek empuk selaju tiga saat dah sleep mode. Macam kayu lak tu.

Masalahnya waktunya sangatlah tak sesuai. Belum pukul 10 malam dah pengsan. Apa barang.

Dengan pinggan mangkuk periuk kuali belum cuci, beg-beg sekolah dan taska belum pack, kain kat ampaian belum angkat, kain dalam mesin basuh belum ampai, baju sekolah baju kerja belum gosok. Paling parah belum solat isyak.

Puncanya, bila nak selesaikan kerja-kerja tu suma kenalah tidurkan dulu dua orang hensem tu. Nak tidurkan pulak nak kena baring sama-sama, tutup lampu, sudahnya bukan lampu je padam, aku pun sama padam. Wassalam suma kerja terbengkalai. Incek papa balik tarawih pun aku dah tak sedar.

Dah tu tersedar pukul empat pagi walaupun alarm pukul tiga pagi. Kelam kabut - nak isyak dulu, nak (sila ulang perenggan no.4). Tambah pulak nak sediakan sahur.

Sekarang dah masuk penghujung Ramadhan ni orang semua sibuk nak beribadah, nak bertarawih. Aku? Kalau dapat solat Isyak sebelum tidur pun syukur sangat dah.

Kalau dapat solat Isyak pukul 9 tu rasa macam... er macam mana nak cerita ye. Ibarat orang yang dah lama mengidam nasi lemak tiba-tiba dapat. Macam tu kot rasanya. Serta-merta mood baik tu menerpa-nerpa datang.

Hari ni ada satu keajaiban. Saat ni aku berjaya kekal berjaga. Pinggan mangkuk periuk kuali semua dah selesai, kain dah ampai. Botol-botol susu semua dah basuh.

Sambil tunggu nasi masak aku hadiahkan diri sendiri secawan nescafe panas. Sambil mengintai blog kawan-kawan.

Eh, nasi dah masak kot. Nak gi sambung kerja. Daa..

Wednesday, June 14, 2017

Kumpulan Marhaban


Ada sesuatu yang bermain di fikiran aku sejak sekian lama.

Kenapa kumpulan marhaban selalunya dianggotai oleh mereka yang sudah bergelar nenek?

Anak-anak dara tak nak try ke mengasah bakat?

Tuesday, June 13, 2017

Cafe De Mum Corner, Ampangan Blok C, Negeri Sembilan




Cafe De Mum Corner
Block C, 309, Jalan Bunga Raya 16, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

☎ 012-258 1949

Nak tengok peta boleh klik kat
sini 👉 Cafe De Mum Corner

Apa yang menarik di sini?

Masakan tradisi asli Negeri Sembilan. Macam-macam ado. Gulai lemak cili padi, sembilang berlado, asam pedas, rendang, kari, dan macam-macam lagi masakan kampung asli.

Gulai lemak cili padi sendiri pun dah ada banyak jenis - telur itik, daging salai, ayam, tulang, tenggiri, termasuklah yang rare di muka bumi - tembusu dan jangek. Ada dimasak dengan rebung, ada dimasak dengan bacang.

Tembusu tu apa? Perut lembu.. Nak tau rupanya macam mana cer gugel tengok.

Jangek? Nak tahu boleh singgah sini

Asam pedas pun ada banyak jenis. Kalau nasib baik boleh merasa ikan sembilang laut.

Hasil laut semua segar dari Port Dickson.

Untuk yang gemarkan rendang nogori, sini lah tempatnya.

Kalau nak tau availability boleh hubungi nombor tauke 012-258 1949 ( En. Yusoff).  Bukan availability rendang je, lauk-pauk lain pun sebab setiap hari lauk tak semestinya sama. Tengoklah apa hasil laut segar yang dapat itulah yang dimasak.

Atau nak buat tempahan rendang, boleh hubungi chef besar 016-632 0922 (Pn. Futiah). Alang-alang nak raya ni kalau nak merasa rendang nogori cepatlah call. Sodap.

Lagi, kari kambingnya yang boleh buat angau terngiang-ngiang rasanya. Makan dengan roti canai, atau nasi beriani, atau nasi putih, atau cecah roti je pun sodap jang.

Dalam bulan Ramadhan dibuka pada pukul 3 ptg - 6.30 ptg. Lepas tu buka balik pukul 9.00 mlm sampai pukul 2.00 pagi.

Dua minggu lepas raya nanti insya Allah mula beroperasi sepenuhnya. Tapi untuk sarapan, makan tengah hari, dan minum petang sahaja. Malam tutup. Untuk sarapan ada menu roti canai dengan kari kambing.

Tapi, kalau rasa-rasa nak buat function sebelah malam, gathering ke apa ke, boleh bincang. Call je no. tauke 012-258 1949 ( En. Yusoff).

Tang function boleh request menu istimewa sebab ketua chef ni bukan je terer masakan Negeri Sembilan, masakan Cina pun dia boleh buat terutamanya yam ring yang susah benar nak dapat tu. Nestum prawn pun boleh, claypot yam soup pun boleh, steamboat pun dia tau buat, bagitau je nak masakan yang macam mana dan minta chef besar cadangkan.

Masakan sedap, tempat bersih dan selesa, kalau bawa anak kecik pun tak risau sebab kawasan berpagar dan insya Allah selamat untuk anak-anak bermain.

Dengan konsep open air dan dikelilingi suasana kampung. Untuk kaki makan atau untuk lepak bersama keluarga atau kawan-kawan. Sesuai sangat.

Dan paling penting, halalan toyyiban.

Apa lagi, meh la singgah.

Monday, June 12, 2017

Pencemaran Watak Kartun Kanak-kanak

Kau tau, kalau kau pernah bagi anak-anak menonton you tube, diharap pantau apa yang ditonton.

Kalau terlepas juga sila periksa history anak-anak selesai menonton.

Watak kartun kanak-kanak tak naif seperti yang kita fikir. Kartun juga tak semurni yang kita anggap selama ini.

Kalau tak percaya betapa kotornya pencemaran watak kartun kanak-kanak, kau cubalah taip satu watak kartun mainstream yang digemari kanak-kanak seluruh dunia.

Frozen, Elsa, Spiderman, Hulk, Ultraman, Gummy bear - just to name a few.

Walaupun kau dah setting retricted mode, location Malaysia, kartun-kartun bodoh ini tetap muncul mengejek di skrin smartphone atau tablet.

Dari tema keganasan, seks, dan banyak lagi perkara tak senonoh dan sangat tidak sesuai ditonton kanak-kanak. Jadi kalau anak kau tiba-tiba pandai buat perkara yang pelik-pelik yang kau tak ajar sila benarkan diri kau untuk rasa risau dan cepat bertindak.

Aku bagi contoh paling mudah - frozen. Perkataan dengan 6 huruf yang paling ramai kanak-kanak pandai eja. Kau cuba tengok hasil yang aku screenshot.





Scary kan? Jadi kau rasa sebagai ibu bapa apa yang patut kau buat?

Thursday, June 8, 2017

Luka Lama Belum Sembuh Sudah Ada Luka Baru

Pak-pak arab bergaduh lagi. Di saat Israel meraikan ulangtahun ke 50 pencerobohan bumi Palestin. Macam ada sesuatu. Terasa seperti ada bidak-bidak catur sedang disusun. Entahlah.

Wednesday, June 7, 2017

You Tube


Baru tadi aku uninstall applikasi you tube. Sebab budak hero yg no. 3 itu belum reti pilih video klip yang bermakna. Suka sangat tap kat kartun parodi.

Aku bab parodi kartun ni memang meluat. Aku rasa meracun budak-budak. Aku dah set restricted mode pun ada je yang bocor.

Tapi tiba-tiba rasa bersalah pulak. Sebab dak leng lui dan leng chai itu setakat ni mematuhi syarat dan peraturan menonton you tube.

Yang dua orang tu kalau nak mesti minta izin, elak tap video yang disyaki tak sesuai, kalau diragui tanya mama dulu. Lepas tu kalau tersalah tap perodi ada je yang cepat bagi laporan.

Teringat pulak yang malam tadi.

Malam tadi dak leng chai itu minta tolong aku eja solar system. Lepas tu dia taip di ruang search kat you tube.

Lepas tu dia bersandar sambil layan beberapa klip. Aku tengah layan adik dia yang mengantuk. Dak leng lui dah tidur. Penat puasa agaknya. Si hero ikut papanya ke klinik.

Tiba-tiba dia datang tunjuk satu video klip. Dia replay suruh aku terangkan. Aku tengok. Rupanya pasal global warming.

Jadinya malam tadi aku buat kelas pengajaran global warming. Penyebab global warming, ozon, pencemaran, apa nak buat etc.

Pagi ni tengah sahur (pukul 6.30 pagi. Hehe), dia cerita pasal global warming kat adik dia yang buat muka 'ada aku kesah'.

Sekarang aku nak kena buat pertimbangan sewajar-wajarnya nak reinstall ke tak.

Monday, June 5, 2017

Berita Pagi Ini

Pagi ni dapat emel.

***

Assalamualaikum semua.

Dukacita dimaklumkan bahawa khidmat penghantaran makanan mulai hari ini DIHENTIKAN kerana pihak urusan telah mendapat kontrak penyediaan kuih sebanyak 1600 biji setiap hari sehingga penghujung Ramadhan.

Sekian, terima kasih.

***

Mula-mula memang rasa dukacita. Sebab selalu tu kalau aku order lauk atau kuih dapatlah mengurangkan kekalutan aku di rumah bila balik kerja (Balik kerja simpan hasil tenusu dalam peti ais sambil keluarkan ayam ikan beku nak rendam. Sambil rendam ayam ikan sambil basuh botol-botol susu. Sambil basuh botol sambil masak air. Sambil masak air sambil kutip baju kotor. Sambil kutip baju kotor sambil layan kanak-kanak bergaduh. Sambil jadi orang tengah sambil rendam kain baju. Sambil rendam kain sambil  basuh pinggan mangkuk. Sambil basuh pinggan sambil masak nasi. Sambil tunggu nasi masak sambil susukan budak no.4.) Ah cukup, banyak pulak kerja sambilan yang tak menjana pendapatan. Kah.

Tapi kemudian rasa sukacita pula. Maknanya rezeki si pembuat kuih itu melimpah dan konsisten hingga ke hujung Ramadhan.

Semoga perniagaannya terus maju. Semoga kuih-muih dan lauk-pauknya kekal sedap dan berkualiti. Semoga pengusaha itu sentiasa sihat dan bersemangat.

Jubah Budak Lelaki Berkualiti Dengan Harga yang Kacak

Satu malam dak leng chai itu nak ikut papanya tarawih.

Nak pakai jubah katanya. Jubah yang mama beli atas permintaan dan spesifikasi tuan punya badan.

Sebelum puasa itu hari ushar jubah di mall. Harga semua main ratus-ratus. Ah, beli online lagi murah. Lalu mama shopping sambil mulut mengunyah nasi dan telinga dengar radio.

Sambil bersantai, shopping kat sini - aurabusana. Dapatlah jubah yang sama kualiti dengan yang kat mall yang ratusan ringgit itu tapi yang ini cuma RM49 termasuk cas penghantaran.

Dah beli terjumpa pulak yang lagi murah dengan potongan 50% sebab kategori factory reject tapi masih cantik dan sesuai dipakai cuma ada sedikit defect. Kalau nak tengok silalah jenguk ke sini - Tudung Si Comel.

(Sekian iklan free)

Setelah briefing (baca:warning) lebih kurang - pergi solat, jangan main-main, jangan buat bising, jangan merayau luar surau.

Kebetulan malam itu lah papanya jadi bilal tarawih. Agak-agak kalau takleh nak bawak bolehlah dak leng chai ini yang back-up. Hee..


Wednesday, May 31, 2017

Mencuri di Bulan Ramadhan

Jalan sesak.

Kau rasa kau sorang je yang nak cepat.

Kau rasa kau sorang je yang nak balik buka puasa.

Kau rasa kau sorang je nak balik kerja jemput anak kat taska.

Kau rasa kau sorang je nak balik masak.

Kau rasa kau sorang je nak ke bazar Ramadhan.

Lalu dengan selambanya kau mencuri.

Bukan sorang dua. Mungkin sepuluh orang kau ambil haknya.

Kau mencuri giliran.

Kau potong barisan. Potong Q kata orang jawa.

Di bulan suci Ramadhan tergamak kau mengambil hak orang tanpa kebenaran.

Semoga kau mendapat hidayah dan diberi kesedaran untuk tidak lagi meneruskan jenayah.

Sila tunggu giliran. Jangan potong Q.

Tuesday, May 30, 2017

Antara Bubur Lambuk Percuma dan Kesedaran Sivik


Assalamualaikum warahmatullah.

Saya mewakili ibu bapa anak-anak taska

MERAYU

kepada semua warga kariah yang ingin mengambil bubur lambuk percuma

di Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya

supaya membuat pertimbangan sewajarnya untuk

tidak meletakkan kenderaan anda di depan pintu pagar taska

yang bakal menyukarkan ibu bapa yang menjemput anak-anak pulang dari taska.


Contoh kes:

Hari hujan, seorang ibu datang menjemput tiga anak - seorang bayi dan dua lagi anak kecil,

terpaksa parking nun jauh di seberang jalan

disebabkan ruang depan pintu pagar taska dan sekitarnya penuh dengan kereta mereka

yang datang mengambil bubur lambuk percuma.

Sila fahami betapa susahnya ibu itu

sambil mendukung anak yang masih bayi,

pimpin lagi 2 orang anak,

sambil pegang beberapa beg anak,

melintas jalan, berjalan dalam hujan

menuju ke kereta yang park jauh di seberang jalan.

Harap faham.

Kalau pun tak boleh meringankan beban orang lain

harap-harap

jangan kita pula yang menjadi beban kepada orang lain.

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih berakhlak dan bertaqwa.

Sunday, May 28, 2017

Mainan Pusing-pusing

Beberapa hari lepas dak leng chai yang itu minta mama belikan fidget spinner.

Permintaan ditolak mentah-mentah. Alasan yang mama bagi - nanti bila dah bosan benda tu akan tambah sepah kat rumah, membazir, duit beli benda alah tu lebih baik mama buat beli biskut.

Sekali rupanya atuk diorang dah belikan sorang satu.

Melompat semua cucu atuk dapat main benda pusing-pusing yang kononnya boleh membantu meningkatkan kadar konsentrasi. Konon je.

see, atuk got us!

Thursday, May 25, 2017

Salam Ramadhan 1438H

Assalamualaikum,
Kok ado kato yang mambuek padiah,
Kok ado tingkah nan indak patuik,
Lai tampak indak tasapo,
Marilah samo kito baelok,
Puaso ditarimo Allah nan kito harok,
Ka ALLAH kito mintak ampun,
Ka kawan ambo mintak maaf

"salamaik manyambuik bulan suci Ramadhan"

P/s: Babuko jan talalu cangok.

***
(Terjemahan dari bahasa Minang)

Kalau ada kata yang memedihkan,
Kalau ada tingkah yang tak patut,
Lagikan terlihat tak tersapa,
Marilah kita sama berbaik,
Puasa diterima Allah yang kita harap,
Kepada Allah kita minta ampun,
Kepada kawan saya minta maaf,

"Selamat menyambut bulan suci Ramadhan"

P/s: Berbuka jangan gelojoh.

Wednesday, May 24, 2017

Apps Quran yang Best - Sambil Dengar Sambil Faham

Sempena Ramadhan yang dah dekat, just around the corner kata orang jawa, aku nak share satu applikasi quran yang aku rasa best.

Sila klik sini untuk muat turun.

Apa yang best pasal apps ni?

Dia ada audio yang mana dia baca ayat lepas tu dia baca terjemahan. Terjemahan dia guna gaya bahasa yang ringkas dan senang faham, tidak menggunakan susunan dan lenggok tatabahasa arab yang ramai orang payah nak faham.

Interface dia cantik dan sangat peramah, senang nak guna.

Sambil buat kerja pun boleh dengar quran. Pulak tu sambil dengar boleh pulak faham. Senang-senang je dapat pahala. Bulan puasa dapat lagi pahala bonus.

Tapi kalau nak perincian kena lah juga merujuk pada tafsir quran dan ustaz ustazah yang bertauliah ye. Jangan memandai-mandai. ~Baru perasan faham dua tiga ayat quran dah pandai tepis fatwa pulak. Amboi, amboi.~

Pendek kata betulkan niat lillahi taala. Ok.

Lain-lain, apa kata cuba dulu lepas tu kalau tak menepati citarasa uninstall je lah balik. Hee..

Selamat mentadabbur quran dan selamat berpuasa! Assalamualaikum.







  



Monday, May 22, 2017

Macam Mana Mahu Terjaga Dari Mimpi?

Tidur tengah hari tadi aku mimpi berdepan dengan syaitonirrojim.

Berdepan dengan makhluk yang dilaknat mana ada cerita best kan. Jadi aku tak nak lah cerita bab yang tu.

Aku cuma nak highlight bahawa masa tengah mimpi minda sedar aku masih boleh berfungsi sebab aku boleh tahu aku sedang bermimpi.

Boleh pulak rasa teruja bila aku sedar yang aku tengah mimpi. Siap plan nak explore apa ada dalam mimpi.

Pulak tu siap boleh baca al-fatihah dan ayat kursi dalam mimpi dan aku pe-rasa-n tajwidnya macam ok. Nasib takde tarannum je.

Ada satu bab tu aku baru nak baca *ta'awudz sekali dia yang bagi salam dulu. Aku tak tau la itu betul watak manusia ke atau watak setan yang cuba bikin punchline.

Tapi, walaupun aku tahu yang aku tengah mimpi tapi aku tak tahu macam mana nak terjaga dari tidur.

Siapa tahu minta share di ruangan komen.

***
*Ta'awudz ( تعوذ ) atau Isti’adzah:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
"Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk"

Saturday, May 20, 2017

Harga Vaksin Pneumococal Tahun 2017

Tahun 2010 dulu harganya RM220/dos.

Tahun 2011 harganya naik kepada RM280/dos.

Tahun ni harganya RM300/dos.

Sila ambil perhatian vaksin ini perlu diambil sebanyak empat dos.

Thursday, May 18, 2017

Awas Penggunaan Domperidone Sebagai Milk Booster

FDA Warns Against Use of Breast Milk Booster


Domperidone Not Approved for Use in U.S., Raising Safety Concerns

June 8, 2004 -- The FDA is warning breastfeedingwomen not to use an unapproved drug called domperidone to increase breast milk production.

The agency says there have been several reports of severe health risks, including irregular heartbeats, cardiac arrest, and sudden death, associated with use of the drug that have led to its withdrawal from the market in several countries.

Researchers say domperidone is also excreted inbreast milk and may expose infants to unknown health risks.

FDA officials say they issued the warning after they discovered that some women whobreastfeed and/or pump breast milk are purchasing domperidone from compounding pharmacies and from foreign countries to increase their breast milk production.

Domperidone has not been approved for use in the U.S., and officials say use of the drug for any purpose is illegal.

Domperidone may increase the secretion of the hormone prolactin, which is needed for lactation. However, due to the risk of serious adverse effects, the FDA recommends that breastfeeding women not use the drug to increase milk production.

Warnings Issued on Domperidone


In addition to advising women not to use the drug, this week the FDA also issued six letters to pharmacies that compound drug products containing domperidone and firms that distribute them.
The letters state that that all drug products containing domperidone are illegal and selling or distributing them violates U.S. law.
Officials say domperidone is approved for use in several countries outside the U.S. to treat somestomach disorders. But it is not approved in any country for enhancing milk production.

Source: WebMD

Monday, May 15, 2017

Mak Cik Peah Kantoi

Mak Cik Peah tengok warta berita.

"Dato' XX dapat anugerah YY.." katanya.

Cik Kiah pandang Mak Cik Peah.

"Kau dongar ko tv tu Peah?" Tinggi nada Cik Kiah dengan tangan dikembangkan kat telinga.

"Dongar." Balas Mak Cik Peah dengan muka separa ek.

Cik Kiah pandang tv. Ada berita ringkas yang terpapar kat bawah skrin tv yang beritanya memang tak sama dengan berita yang dilaporkan pembaca berita.

Hujung kat sebelah kanan tv ada simbol speaker yang kena pangkah.

Cik Kiah letak remote control, angkat punggung pergi dapur meninggalkan Mak Cik Peah sorang-sorang 'dengar' tv.

Tak kuasa Cik Kiah melayan Mak Cik Peah yang perasan mampu mendengar dengan baik.

Friday, May 12, 2017

Terlajak Kata Tak Boleh Undo

Kat tempat kerja (baca:kilang) lama aku dulu aku pernah sound (baca:kritik) bos setempek. Bukan calang-calang bos. Aku sound big bos cawangan tu. Manusia yang ramai pekerja cuba elak berkonfrontasi. Waima pekerja yang paling samseng sekalipun.

Tapi aku tak bermaksud pun nak sound. Apa lagi mengaibkan dia. Aku bukan jenis cenggitu. Sebab tu aku sound belakang. Aku tak sampai hati nak cakap depan dia sebab bagi orang macam dia komen aku tu boleh merempuh tembok egoisma, meruntun hati dan merenyuk perasaan.

Cuma entah macamana boleh pulak komen ikhlas aku tu sampai ke telinga dia. Aku cakap je entah macamana tapi sebenarnya aku tahu barua mana yang menyampaikan khabar dan berita kepada dia. Tak suka betul.

Tapi apa jadi lepas tu nanti-nanti lah aku cerita kalau aku rajin sebab bukan best sangat pun ceritanya. Lagipun bukan itu cerita pokok yang aku nak bagitau.

Isi penting aku kali ni ialah aku tengah risau (aku rasa la) fe'el lama aku tu macam nak datang balik. Fe'el sound bos.

Benda fe'el lama ni kadang sifatnya macam saka. Datangnya tak berjemput.

Walaupun kali ni penyampaiannya agak matang sebab aku cakap depan. Tapi masih menggusarkan aku sebab takut ada hati yang terguris. Mengguris perasaan orang ni bukan kegemaran aku walaupun aku agak pakar dalam hal ni sebenarnya.

Tapi masih lagi aku tidak berniat untuk mengaibkan orang. Kata-kata yang keluar sekadar melampiaskan kegeraman ke atas cadangan dan saranan yang kurang bijak  yang berpotensi besar membebankan aku di masa akan datang yang pulangannya tidak setimpal.

Tapi itu lah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata tak boleh undo.

Aku harap tiada lagi insiden yang bakal jadi pencetus untuk aku mengeluarkan kata-kata yang berbau tempoyak. Busuk tapi sedap.

Saturday, May 6, 2017

Ali part 2


Alhamdulillah. Pembedahan itu hari berjalan lancar. Terima kasih atas doa semua.

03.05.2017 lebih kurang 07:40 a.m.
Incek papa bagi sokongan moral dan hotwheel sebijik yang dia duk belek sampai lelap.

Lepas sedar dia mengamuk dekat setengah jam. Lepas kena pujuk beliau kembali lena. Kesan ubat tidur belum habis kot.

Makan tengah hari berselera. Mamanya jadi dbkl sedut lobak dan bawang.

Atuk singgah dari pejabat. Beliau dapat sebiji ferrari merah.

Lepas makan beliau pusing-pusing satu ward, ngorat nurse dan akhirnya menyibukkan diri di sini.

MC. Duk rumah inilah kerjanya. Menghasilkan suasana tongkang pecah dengan jayanya sambil bersantai tonton upin dan ipin.