Wednesday, December 31, 2014

Di Sini Bukan Tempat Pelupusan Sampah

Di sini, di sana juga, yang kau lihat tinggal lumpur dan segala sampah sarap bukanlah tempat pelupusan sampah.

Harap jangan kau hantarkan sampah sarap - baju lusuh yang sudah boleh dipanggil kain buruk, seluar berlubang, zip rosak, kasut-kasut rosak yang usang dan berdebu.

Oh ya, sini juga bukan pusat kitar semula.

Harap maklum.

**
Disclaimer: Entri di atas BUKAN rintihan mangsa banjir. Sekadar luahan dari aku mewakili mereka yang terkejut melihat terdapat sampah-sarap turut didermakan.

Tuesday, December 23, 2014

Prasangka Aku Di Pagi Hari

Pagi tadi ikut jalan alternatif melalui kawasan rumah-rumah agam yang nilainya juta-juta yang hampir semua rumah ada pondok pengawal (yang saiznya macam sama dengan ruang tamu apartment tempat aku berteduh. Oh..).

Tiba-tiba di depan ada motor jalan perlahan. Sangat perlahan. Pembonceng di belakang pegang henfon. Dua-dua pakai helmet. Perlahan sungguh, lalu incek papa potong.

Selepas beberapa meter motor tadi kelihatan lagi. Dia potong incek papa pelan-pelan. Kebetulan incek papa biar tingkap terbuka nak sedut udara pagi. Maka kedengaranlah percakapanya berslanga seberang sinun.

Sampai simpang kitorang belok kanan jalan keluar dari kawasan XXX Height itu dan moto tadi pelan-pelan belok kiri jalan masuk kawasan itu sebelah lain pula.

Pagi-pagi dua orang warga asing pusing-pusing naik moto di kawasan rumah-rumah agam.

Suspicious betul.

Thursday, December 18, 2014

Malala of Swat Valley





Minggu lepas tengok CNN nampak dia. Teringat masa berita dia kena tembak aku 'kurang peduli'.

Tapi lepas tahu cerita aku macam terkedu. Gila berani.

Bila dengar dia bercakap, aku kagum.

Kalau jumpa dia aku nak peluk.

Aku nak tujukan lagu ini untuk dia.

Kalau dia dengar aku tak nak siapa-siapa translate lagu ni untuk dia. Kalau boleh biar dia sendiri belajar bahasa lagu ini. Sebab bagi aku liriknya kurang indah bila diterjemah ke bahasa Inggeris.

Untuk kau, Malala; Terbang Tunduk dari Fyn Jamal,

bertahanlah wahai raksa jangan kau terhenti
berpautlah wahai nyawa ini bukan mimpi
saksikan dengan mata
rasakan dengan jiwa
kau sedang tinggi
jauhnya kau terbang
siapa sangka
getir yang menghalang tak besar mana
payah payah semalam
moga mudah selama
tiap apa yang mematah tegakmu
tiap yang menolak
tiap yang memijak-henyak
biar di belakangmu
jangan dikenang
moga dibuang dendam dan sayu
tuhan jangan kau izin aku lupa
jangan Kau biarkan aku mendepang dada
pasakkan hatiku pada kaki
paksakan kutunduk sehingga mati


***

Tadi dapat berita serangan Taliban ke atas sebuah sekolah di Peshawar mengakibatkan kematian 132 orang kanak-kanak dan 16 orang staff.

Damn.

klik bawah ni:
Peshawar Massacre

Wednesday, December 3, 2014

Doa Yang Termakbul


Budak itu empat bulan. Aku rasa dia macam sangat comel. Rasa nak geget pipi dia. Suka cium mulut kecik dia, ketiak dia, perut dia. Kadang-kadang bontot dia pun aku cium. Kalau tercium bau poo poo petanda nak kena cucilah.

Tapi kesibukan menguruskan rumah, kakak dan abangnya, dan dapur, kain baju lagi, makan pakai seisi rumah membuatkan dia kadang-kadang nampak terabai. Berborak-borak kebosanan sorang-sorang dalam baby cot. Ala cian..

Satu hari aku gomol-gomol dia, peluk dia kuat-kuat sambil cakap kan best dapat peluk dia lama-lama. Dia cuma sengih-sengih terkulat-kulat hisap jari.

Tak semena-mena malam tu dia demam. Selalunya malam-malam dia tidur elok je dalam cot sampai pagi. Bila dah demam nak berpangku ajelah. Sudahnya dua malam aku tak boleh baring. Tidur pun sambil duduk atas katil pangku budak comel yang demam itu.

Nampaknya doa aku untuk peluk dia lama-lama dah termakbul.

Dan malam tadi dia dah tak merengek lagi. Boleh tidur dalam cot macam biasa.

Dan malam tadi dapatlah aku meluruskan pinggang atas katil.

Dan pagi tadi aku bangun lambat. Pukul 6 baru tersedar. Lena sungguh.

Tapi dia masih demam. Tapi dah ceria. Panas kurang dah.

Oh sayang, cepatlah sihat. Mama dah rindu nak ke dapur lagi.

Pulak..

Aih mama.. (kata kak long budak comel itu)

Thursday, November 20, 2014

Xenophobia

Pagi-pagi keluar rumah, masuk lif, dalam lif ada warga asing.

Keluar parking, ada guard tunggu dekat exit parking. Warga asing.

Keluar pintu pagar, dengar suara dari guardhouse menyapa "morning boss". Pun warga asing.

Masuk kedai mamak, ada ane ambil order. Cakap Melayu sepatah dua, order pakai ayat panjang dia tak faham. Sah, warga asing.

Ok, tak nak mamak, masuk kopitiam. Sama juga. Tukang ambil order, warga asing.

Masuk parking. Yang jaga parking warga asing.

Pergi isi minyak. Warga asing lagi.

Lalu tapak pembinaan. Nampak lembaga-lembaga bertopi kuning dengan but keselamatan. Warga asing.

Pergi ladang kelapa sawit. Mereka juga. Warga asing.

Order almari. Yang datang pasang warga asing.

Tukang potong rumput. Warga asing.

Pergi stesen bas. Tiba-tiba terasa macam di Jakarta.

Pergi Masjid India hari cuti rasa macam di Dhaka.

Pergi Brickfield. Rasa macam kat Mumbai.

Masuk kilang elektronik, kilang plastik, kilang stamping. Production floor, warehouse, diorang sapu bersih.

Masuk toilet, ada tukang cuci tengah lap sinki. Warga asing.

Pergi pasar nak beli ikan sekali dengar slang tokey ikan, pandang muka betul-betul. Sah warga asing.

Selak-selak surat khabar. Bunuh, dera, rogol, rompak, culik. Mereka tambah statistik. Tak semua mereka yang buat tapi mereka penyumbang besar.

Itu hari tengok NST. Jumlah mereka 6.7 juta. 3 kali lebih ramai daripada kaum India tempatan, 25 kali lebih besar daripada populasi penduduk Perlis. Dari 6.7 juta hanya 2.1 juta sahaja ada permit.

Duit kerajaan kita (baca: duit cukai kita) subsidi bahan api, makanan, rebat api air, mereka juga sama merasa.

Dan aku belajar istilah baru - Xenophobia. Sekarang aku rasa 'ketakutan' jenis ini semacam perlu.

Thursday, October 30, 2014

Maternity Leave

Pagi tadi kebetulan satu lif dengan jiran sebelah. Dia dengan dua anaknya nak dihantar ke tadika. Aku dengan incek papa dan 3 anak nak dihantar ke taska.

Muka dia macam terkejut bila aku cakap cuti bersalin dua bulan (jer..). Kat 'kampung' dia cuti bersalin enam bulan katanya. Aku hampir-hampir mempamerkan muka terkejut tapi buat-buat selamba berborak.

What? 6 months? Aku cakap dalam hati (jerr..).

Tuesday, October 28, 2014

Sebuah Kisah Benar Seorang Pak Cik


Seorang pemuda sedang menunggu giliran masuk jumpa doktor.

Untuk menghilangkan boring dia beramah mesra dengan seorang pak cik. Naik syok pula pakcik tu. Satu persatu topik keluar. Entah macamana suka pula dia nak bercerita tentnag anak-anaknya.

"Pak cik ada anak duk KL tu. Duk kondom.."

Dan pemuda itu terkemut-kemut menahan ketawa. Nak juga jaga hati orang tua ni.

Keh3.. Konfiden betul pak cik tu sebut.

*Kisah ni terjadi beberapa tahun lepas. Agak-agak hari ni pak cik ni dah tahu ke apa benda yang disebutkannya tu.

Thursday, October 23, 2014

Ada Ke?

Bunyi boleh dirakam.

Visual. Pun boleh. Jadi foto. Jadi video.

Bau?

Siapa ada jual perakam bau? Lagi bagus kalau kombinasi audio + visual + bau.

Sebab aku dah mula rindu bau bayi.

~Bunyi cengkerik~

.....

Pangg!! Penampor sebijik kat aku. Anak belum masuk 3 bulan dah rindu bau newborn baby.

Ngengado. Eheh...


Tuesday, September 9, 2014

Pantang Dilarang

Minggu depan habis pantang. Tapi hari ke-2 itu hari aku dah mula langgar pantang. Hari ke-3 makin banyak pantang aku langgar. Hari-hari seterusnya dah ada orang confuse betul ke aku baru dapat baby.

Alhamdulillah aku masih sihat dan berbahagia. Warga baru itu juga.

Er, tapi ada orang cakap, ko tengoklah dah tua esok banyak penyakit ko.

Hadoi, doa ke tu? Tapi doa aku lagi best;

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Friday, July 25, 2014

Pandulah Dengan Gembira

Potong Q di jalan raya sama seperti mencuri. Ye, mencuri giliran. Ada orang yang sabar beratur nak bayar tol tiba-tiba si polan itu zassss cilok masuk dengan memotong barisan yang sepanjang 20 biji kereta. Dia telah mencuri HAK 20 biji kereta yang dia potong. Ha, yang ni bila nak minta maaf dengan 20 pemandu tu? Hah? Hah? Kalau kecemasan itu cerita lain.

Beri laluan di jalan raya pula samalah dengan bersedekah. Contoh ada kereta keluar susur dan bagi signal minta izin nak masuk depan kita sebab memang itu sajalah jalannya jadi jom kita bertolak ansur. Beri laluan sebab kalau tak kereta yang itu takkan bergerak kalau semua orang pun tak mau bagi jalan. Nak sedekah duit tak terbuat tambah-tambah nak raya ni kan, jadi mari kita bersedekah di jalan raya. Bertolak ansur dan jangan kedekut beri laluan. Ok?

Oh ye, kalau kita yang minta ehsan orang bagi kita laluan, bila orang dah bagi sila senyum dan angkat tangan tanda terima kasih. Senyum juga sedekah. Aduh, senangnya nak dapat pahala ni.

Lagi, jangan cepat rasa nak marah bila terserempak dengan pemandu-pemandu yang tak reti hormat orang lain - jenis yang memandu macam rally atau pun jenis yang santai-mantai di jalan raya. Ya betul, salah mereka memandu dengan cara merbahaya. Betul, salah mereka yang selfsh santai pandu 60km/j di lorong kanan yang had laju kawasan tu 110km/j.

Difikir-fikir balik, berjuta-juta kereta atas jalanraya kenapa Allah takdirkan kita yang terserempak dengan orang-orang ini?

Anggap je Allah nak bagi pahala percuma. Belajar sabar dan tidak mencela. Kalau tak, peluang buat pahala tapi dapat dosa. Adoiii aiii. Aku selalu buat tu. Heee.. peringatan untuk diri sendiri juga yang kurang sabar dan mulut jahat.

Bila tersekat dalam kesesakan jangan marah-marah. Pandang kiri kanan belakang depan ada beratus-ratus lagi kereta yang senasib. Bukan ekau sorang yo.. Ada yang kereta takde aircond pun, dengan anak enam orang buat bising dalam kereta dan mereka ini yang sepatutnya lebih 'berhak' untuk marah-marah berbanding kita tapi diorang rileks jek.. Jadi bersyukurlah.

Jadi, pandu cermat, jangan selfish, jaga mulut, lapangkan dada, dengar lagu raya dan nyanyilah dengan gembira kala tersekat dalam kesesakan di musim raya ini.

Bereh boh??

Thursday, July 17, 2014

Klik Klik dan Klik

Hari ini

dengan hanya klik klik dan klik kita boleh buat pahala

klik klik dan klik kita hantar duit kat mak ayah

klik klik dan klik kita bayar hutang

klik klik dan klik kita bersedekah

klik klik dan klik kita bayar zakat

Tapi

dengan klik klik dan klik juga kita boleh buat dosa.

Klik klik dan klik kita sebarkan aib orang.

Klik klik dan klik orang lain pula panjangkan.

Beratus-ratus orang klik klik dan klik  keaiban itu ditonton oleh ribuan orang.

Oh ye, 'orang itu' dah minta maaf, 'orang yang itu' juga sudah memaafkan.

Jadi

kau, kau, dan kau yang menyebarkan bila pula nak minta maaf daripada 'orang itu'?

Juga kau, kau dan kau yang menghakimi, yang mencela (lalu perasan bagus dan riak dan takbur macam tak pernah buat dosa).

Tau tak dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia lepas tu baru taubat dengan Allah? Tau? Tau takpe..

Belajar bersabar, belajar minta maaf, belajar memaafkan.

Semua ni aku pun tak habis belajar lagi.

Oh...

***

'cerita itu' aku tahu daripada tabloid.

Nasib baik aku tak ada akaun FB.

Wednesday, July 16, 2014

Tahniah Untuk Aku

Ramadhan tahun ni aku belajar benda baru.

Semalam aku dah belajar buat kuih sepang.

Walaupun rupa untuk beberapa cubaan pertama tak lepas quality check.

Tapi aku suka.

Siapa cikgu?

Sapo laei, omak mentuo den.

Sodap.

***

Cerita lain.

Semalam Dewi datang 'buka puasa' sama-sama. Jadi untuk menghormatinya kitorang batalkan menu daging. Dan dia juga jenis hormat orang puasa tak makan depan orang puasa walaupun kat pejabat.

Eh, tiba-tiba rasa nak buat daging dendeng petang nanti. Hmm.. Tapi pagi tadi dah plan nak masak Ayam Weng Wulu-wulu kegeraman si leng chai itu.

Friday, July 11, 2014

Boleh Ke?

Hari ni hari ke-3 gastrik. Tapi hati degil juga nak puasa. Sebab? Tak teruk kot. Belum muntah air kuning pun. Eheh.

Lagipun kalau tinggal puasa nanti nak ganti rasanya agak payah bila ada lagi satu warga baru untuk diuruskan nanti.

Dan warga baru itu rasanya tidak terjejas, masih sangat aktif kat dalam. Kalau aku letakkan seekor atomen atas perut pun boleh nampak jelas atomen itu terjungkit-jungkit disepaknya.

Sekali sekala senak juga. Tiba time gastrik menyerang time tu juga dia berkuntau kat dalam, pedih + senak jadinya. Jadi pada penilaian aku puasa dalam keadaan gastrik tidak menjejaskan dia.

Tapi tertanya-tanya juga, takpe ke mak buyung kena gastrik nak puasa?

Thursday, July 10, 2014

Cerita Sahur Pagi Tadi

Pagi tadi pukul 4.30 mama tengah panaskan minyak nak goreng sotong celup tepung. Tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki kecik - klepet klepet klepet.

Sekali dah melekat peluk kaki mama. Awal benar leng chai bangun pagi ni. Leng chai pandang mama. Senyum. Ala comey anak mama. Heee..

"Mama, Nor belak..." Hah kau, sekali rupanya nak report dia berak. Comel sangat.

Ok, tutup api, gi cuci bontot cumel tu dulu.

Tuesday, July 8, 2014

Ikut Kata Hati Tak Mati*

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bila hati kata lain dan akal kata lain.

Aku akan ikut kata hati tapi akal akan menilai semula.
Setakat ini hasilnya tidak mengecewakan.

Contoh terbaru:

Satu hari  sebelum puasa aku perasan tapak tangan, tapak kaki si leng chai itu ada bintik-bintik.

Hari pertama puasa, Aku perasan lagi, dia kurang minum walaupun nampak haus. Tiap kali nak minum dia merengek kata gigi rosak sebenarnya dia sakit mulut. Makan pun tak banyak walaupun nampak macam ada selera tapi tak dapat telan. Lagi 15 minit ke pukul tujuh malam, si leng chai tiba-tiba demam.

Akal kata lepas berbuka bolehlah bawa ke klinik.

Hati kata pergi segera.

Aku ikut kata hati.

Akal recalculate - pergi sekarang dan kalau masuk waktu maghrib masih lagi di klinik boleh berbuka dengan air kosong dulu.

Sampai klinik doktor kata penyakit kaki dan mulut dan kena rujuk ke hospital sebab doktor nasihatkan admit malam tu juga.

Balik rumah ngam-nganm masuk waktu dan sempat berbuka.

Lepas Isyak pergi hospital. Alhamdulillah dapat parking betul depan entrance bahagian kecemasan.
Incek papa register. Orang ramai katanya. Aku tengok tempat menunggu penuh.

Akal kata tunggu kat dalam sebab takut terlepas turn nurse panggil tak dengar.

Hati kata tunggu je dalam kereta sebab budak-budak dah tidur.

Aku ikut kata hati.

Akal recalculate - tunggu dalam kereta dan incek papa standby kat luar.

Sampai turn aku sorongkan si leng chai dalam stroller masuk jumpa doktor.
Nampak macam emergencylah sangat dengan budak lentok dalam stroller.
Incek papa tunggu si leng lui dalam kereta.

Doktor check dan tanya itu ini dan aku jawab dengan jayanya.
Doktor tanya nak admit ke tak?
Wah, ini petanda baik. Doktor bagi option. Maksudnya boleh treat kat rumah. Hehehe.. Bunga-bunga berputik dalam hati.

Tapi akal kata admit.

Hati kata balik rumah dan treat sendiri sebab aku tak boleh bayangkan budaktakretidiamnakbuatatomenfire ni kena drip.

Aku ikut kata hati.

Akal recalculate - Balik rumah dan ikut semua nasihat doktor untuk treatment.

Jadi nurse untuk anak sendiri macamlah tak biasa. Kan? Kan? Kan?

Sudahnya aku kena la ambil cuti sebab bukan aku yang sakit dan dah tentu-tentulah doktor tak bagi aku mc.

Akal kata ambillah satu hari cuti sebab cuti tinggal sikit dan nanti nak pakai banyak lagi, Terlebih ambil cuti nanti gaji kena potong dan effect masa appraisal.

Hati kata ambillah dua hari, monitor sampai betul-betul sihat, jangan penting diri sebab kalau hantar taska nanti berjangkit kat budak-budak lain.

Aku ikut kata hati lagi.

Akal recalculate - anak dengan kerja, anak lebih penting. Dan lagi, jangan penting diri.

Gitulah kira-kiranya...

Monday, July 7, 2014

Aku dan Nohara Misae

Kes 1-

Incek Papa: Baju raya budak-budak nak shopping kat mana?

Aku: Kat XXX lah. Ada sale.

Kes 2-

Incek Papa: Ni YYY Kids Club ada buat trip lepas raya. Macam biasa ada goodies, lunch voucher, aktiviti bagailah. Nak register tak nama bebudak ni?

Aku: Free ke macam hari tu?

Incek Papa:Yang ni kena bayar,  RM XX per kid.

Aku: Hmm, murah tu, berbaloi sangat. Lagipun bebudak tu suka pulak diorang ikut trip.

Kesimpulan kes-

Semenjak jadi mak-mak dua benda kegeraman aku adalah SALE, FREE, dan BERBALOI-BALOI.

Tiba-tiba aku rasa macam Nohara Misae. Ohh..

Friday, July 4, 2014

Cerita Cikgu Di Bulan Puasa

Bapa budak: Hello, assalamualaikum. Ni cikgu Hamid ke?

Cikgu: Waalaikumsalam. Ha, ye, saya cikgu Hamid. Siapa ni?

Bapa budak: Saya bapa Amin kelas 4 Gemilang. Kamu cikgu yang jual mercun kat anak saya ye?

Cikgu: Err.. err..

Bapa budak: Katak ade? Atau kalau cikgu ada katalog tolong pass kat anak saya.

Thursday, June 5, 2014

Pesan Mereka Untuk Mak Buyung

Pesan mereka, "Kau jangan dukung budak, bahaya"

Kata aku,"Heee.." sambil senyum macam cumel kunun.

Kata aku dalam hati, dah kalau papanya outstation, budak yang 22kg dan 16kg tu tertidur kat luar, sapa lagi nak dukung bawak masuk bilik?

***
Pesan mereka, "Kau jaga sikit, jangan nak lasak sangat"

Kata aku,"Eh, takdelah..." walaupun aku tahu pesan itu keluar selepas aku TERmelompat, atau TERdukung anak, atau TERkungfu dengan anak-anak depan mereka.

Kata aku dalam hati, kot aku tak 'lasak', nanti budak-budak tu yang 'melasak', korang yang 'masak'. Hehe..

***
Mungkinkah aktiviti-aktiviti yang dilarang mereka itu nampak buruk bebenor bila dilakukan oleh seorang mak buyung? Hmm..

Friday, May 30, 2014

Kupu-kupu Terbang Tinggi

Tengah hari tadi.

Di tingkat 21. Rasa mengantuk. Aku pandang luar tingkap. Menara Tabung Haji cuma nampak bahagian atas. Ibarat sedang mengintai dari belakang G Tower dan Menara Binjai yang tegak berdiri di situ. Pemandangan tidak seperti beberapa tahun lepas.

Tiba-tiba seekor kupu-kupu melintas terbang berlatar belakang Menara Citibank.

Warna coklat corak batik dan kepaknya bila dikembangkan selebar dua tapak tangan budak. Besar juga.

Sehari dua ni selalu terserempak dengan kupu-kupu jenis itu di parking pejabat, di parking apartment, depan pintu rumah.

Tertanya-tanya berap tinggi sebenarnya kupu-kupu boleh terbang?

Tiba-tiba tadi dapat video kupu-kupu yang sama berterbangan di Istana Iskandariah sejak kemangkatan Sultan Perak dan pertabalan Sultan Nazrin Shah. Kata orang tua-tua itu tanda daulat.

Wallahualam.

Thursday, May 29, 2014

Seorang ibu mesti pandai memanipulasi.

Leng Chai sangat obses dengan ultraman. Banyak nama ultraman dia hafal. Tambahan lagi sekarang dia ada bela entah berapa belas ekor ultraman dan semuanya ada nama.

Kalau dia mintak Mebius jangan cuba bagi dia ultraman lain dan kata itu Mebius. Hangin betul dia. Sampaikan mamanya pun dah hafal nama-nama ultraman peliharaannya - Taro, Dyna, Seven, Mebius, Max, Cosmos dan entahapehapelagilah.Tapi disebabkan masih pelat Mebius jadi mekyus, cosmos jadi moshmosh, taro jadi ayo, max jadi mesh, seven jadi peben, ultrafather jadi papaye,.

Dan macam biasa budak-budak kalau tak terpengaruh bukan budak namanya. Dua tahun lebih. Belum pandai menilai. Jadi selalulah mama kena justify setiap babak dalam siri tu (yang pada penilaian mama banyak pengaruh kurang baik untuk budak-budak tapi bagi juga tengok. Hadoi...)

Contoh bila tengok ultraman sepak raksasa dan dia sangat kagum lalu sepak orang lain mama kena cakap ultraman sepak raksasa, dia tak sepak orang. Tapi raksasa sepak orang. Jadi kalau sepak orang tak boleh jadi ultraman, kena jadi raksasa. Macam penaakulan mantik pun ada. Ahahah. Dan dia percaya. Berjaya ke mama? Tak juga, kadang-kadang mama pun dia nampak macam raksasa. Adoyai.

Contoh lain bila dia menangis merengek atau jerit-jerit mama akan bandingkan dengan raksasa. Mama akan tanya apa beza raksasa dengan ultraman? Bezanya raksasa tak pandai cakap, dia cuma jerit-jerit huarghhh huarghh sambil mama tunjuk cara jerit yang nampak jelek (sila bayangkan mamanya buat muka buruk bebenor). Tapi ultraman dia pandai cakap. Jadi nak apa-apa mesti cakap elok-elok, jangan jadi macam raksasa. Ini pun dia percaya. Berjaya lagi ke mama? Tak sepenuhnya sebab budak-budak biasalah cepat lupa dan mesti nak selalu diingatkan.

Banyak lagi yang boleh dimanipulasi macam ultraman tak pakai pampers sebab dia buang air kat toilet, dia makan nasi dan minum susu sebab tu dia kuat, bila lampu dia kelip-kelip dia dah penat bateri nak habis jadi kena charge macam kita dah ngantuk mesti tidur dulu, nanti dah bangun boleh main lagi, etc. Pandai-pandailah. Eheh.

Tapi bukan semua peringkat umur boleh dimanipulasi macam tu. Macam si Leng Lui, silap-silap dia boleh putar kita balik.


Weekend lepas di JB. Ada sekor atomen kat tangan.

Kadang-kadang fikir balik itu sume bukan manipulasi tapi lebong je lebih. Keh3..

Wednesday, May 28, 2014

Sibuk? Jom Jadi Multifunction (Jangan Sampai Malfunction Sudah..)

Iyargh.. iyargh.. (geliat dulu, lama tak blogging).

Sibuk gila (konon...). Kesian sibuk. Gila.

Adui, itulah, lama tak menulis baru mula dah merapu.

Sempena konon-konon sibuk ni nak la kongsi sikit cara-cara menyiapkan makan malam dalam masa setengah jam sahaja.

Sebab balik kerja sampai rumah pukul 6.30 ptg dan mesti keluar balik untuk jemput incek papa ngam-ngam lepas maghrib.

Katakan maghrib pukul 7.20, antara 6.30 ptg sampai 7.20 semua di bawah ini mesti dibuat:
1- angkat kain.
2-sidai kain (pagi-pagi sebelum pegi kerja bagi anak dara jepun tu cuci baju)
3- Layan anak-anak nak ribena, nak susu, nak itu, nak ini, nak buang air, nak gaduh.
4- Mandikan dan servis dua orang budak yang high voltage.
5-Masak (nasi dengan sekurang-kurangnya dua lauk. Cukuplah..)
6-Masak air.
7-Solat maghrib.

No. 1 dan 2 tu kalau tak sempat sangat boleh skip. No. 3 sampai 7 adalah wajib.

Jadi, gunakan masa sebaik mungkin. Oh ye, jangan lupa, expect the unexpected contoh macam tengah masak anak berak, nak buang air, muntah, etc. Jangkakan juga  keadaan yang lebih tough seperti anak dah berak tapi tak nak cuci bontot. Mmph, biasa tu.

Ok, salah satu cara masak makan malam yang boleh ditinggalkan kat dapur tanpa perlu pemantauan adalah cara kukus atau kalau tak faham kukus tu apa, steam.

Salah satu lauk yang biasanya perlu dipantau tapi boleh convert kepada cara steam adalah ayam masak kicap. Walaupun ayam tu beku.

Sampai rumah je apa-apa hal pun masak air dulu - satu dalam cerek, satu dalam periuk kukus. Ops, jangan lupa keluarkan ayam dari freezer dan rendam.

Sambil tunggu air masak boleh angkat kain, dah sidai baru, switch on ubat nyamuk, spray kat mana patut, cuci tangan, dah buat susu, ribena, dah buka Upin dan Ipin ke, Mickey Mouse ke, Atomen ke, ok, dah 6.45, jom terjun ke dapur.

Mula-mula siapkan periuk kukus (isikan air yang dah didih tadi, tenggek atas dapur) cuci ayam, rendam dalam air suam, sambil-sambil hiris halia, ketuk bawang putih, masak nasi. Ini semua biasanya boleh siap dalam masa tujuh minit tertakluk kepada terma dan syarat (syaratnya tiada iklan dari anak-anak. Hee..)

Dah? Ok, bilas ayam, isikan dalam loyang, tabur halia, bawang putih, patahkan sikit kulit kayu manis, renjis kicap manis dan kicap cair masin, kukus. Tambah apa-apa menu ringkas - telur dadar atau goreng sayur atau potong je ulam-ulaman atau celur kailan untuk buat kailan sos tiram (kailan ni pun tertakluk terma dan syarat - bawang putih goreng dah ada yang siap dalam balang). Resepi kailan boleh rujuk sini.

Ok, dah pukul tujuh malam, boleh say bye-bye see you kat dapur dan mandikan dua budak high voltage, siapkan, sapu apa-apa patut, bedakkan bagai, siapkan diri sendiri pulak, pakai baju, minyak wangi, bedak, pakai telekung tunggu azan. Dah azan terus solat. Selesai solat jenguk dapur tutup api, tutup lauk semua, cabut kepala gas, keluar jemput incek papa.

Macam marathon. Kalau lif pulak lambat terpaksa panjat tangga sebab keta parking atas. Itu dah tak marathon, dah jadi iron man lah pulak. Naik tangga dengan dua budak yang perasan terer taknak mama pegang. Ingat senang? Kau cuba. Heee...

Tapi kalau agak-agak tak sempat, balik petang dengan jalan jam, hujan, etc, jangan masak. Balik jemput incek papa singgah kedai mamak makan roti canai. Ehehe... Kelebihannya? Boleh mnegelakkan stress. Ahaks.

Tips tambahan:

1- Kalau ada masa boleh buat sambal belacan lepas tu isikan dalam bekas-bekas kecil, bekukan dalam freezer. Jadi lauk makan malam boleh siapkan ulam-ulam dengan sambal belacan. Timun pun jadi je..

2- Kalau ada masa lagi lebih boleh buat gulai atau asam pedas, pack dalam bekas, simpan beku dalam freezer. Jadi balik kerja kukuskan lauk beku sambil goreng ayam atau ikan. Kena cara makan malam empat lauk boleh siap setengah jam.

3- Kalau ada lagi masa tambahan boleh buat sambal tumis ikan bilis simpan dalam fridge. Yang ni tahan lama. Silap-silap boleh buat nasi lemak je. Sambil tunggu telur rebus dan nasi masak boleh sidai kain sambil menyanyi riang.

Dulu-dulu masa sekolah aku jumpa ayat ni:

'To do two things at once is to do nothing'.

Boooo....

Monday, May 5, 2014

"Lembut sangat.."





Bila cerita pasal si hensem itu ramai pula yang beranggapan leng chai itu sungguh sweet dan berjiwa lembut. Ehehe... Lembut tak lembut kuasa pemusnahnya boleh tahan juga. Macam kebanyakan boys umur dua tahun lebih dia sangat obses dengan atomen. Setakat ini dia dah bela empat atomen. Satu missing in action, satu tinggal kepala, satu bercerai anggota badan tapi masih dalam simpanannya (tak boleh buang, nanti dia tak keruan), latest baru dua hari dah kudung kakinya.

Agak-agak tahap 'kelembutan' yang semacam ini macam mana nak dikategorikan ye?

Friday, April 25, 2014

Sebuah Cerita Tentang Leng Chai dan Namanya

Dalam tatabahasa bahasa Arab perkataan juga ada jantinanya. Dalam pemilihan nama-nama bayi selalunya perkataan-perkataan berjantina  ini akan disesuaikan dengan jantina bayi. Pendek kata perkataan 'bersifat lelaki' atau dalam istilah bahasa Arabnya 'muzakkar' digunakan dalam menamakan bayi lelaki dan perkataan 'bersifat perempuan' atau dalam istilah bahasa Arabnya 'Muannas' digunakan untuk menamakan bayi perempuan.

Jadi bila aku meletakkan pangkal nama 'Nur' untuk si leng chai itu ramai yang tanya kenapa bagi nama perempuan? Ya, 'Nur' adalah salah satu perkataan bersifat muannas. Tetapi kata jamaknya 'Anwar' bersifat muzakkar. Jadi kenapa aku tak bagi nama Anwar? Aku jawab 'saja je..' hehe..

Nur Muhammad.

Sebenarnya ada sebabnya.

Selain lahir pada pagi Isnin sebelum subuh (yang menjadi asbab keseluruhan namanya), secara peribadi aku rasa lelaki dengan sedikit ciri-ciri 'keperempuanan' itu lebih berkualiti berbanding lelaki yang penuh ciri-ciri kelelakian yang menjurus kepada kejantanan di mana kejantanan itu  bagi aku akan membawa banyak permasalahan. Jadi aku cuba suntikkan sedikit unsur kelembutan dalam nama tersebut dengan harapan orangnya nanti tidaklah terlalu keras sepertimana kebanyakan lelaki yang ingin dilihat macho dan perkasa.

Dan lagi aku tak berani menamakannya dengan nama-nama yang bersifat super duper sebab tak semua manusia boleh membawa perwatakan itu. Salah bagi nama yang tak mampu dipikul nanti bayi banyak ragam  aku jugak yang susah. Eheh.. Jadi aku lebih suka nama yang orang lihat sebagai biasa-biasa saja.

Setelah dua tahun lebih aku rasa nama itu ada pengaruh kepada karakter empunya badan.  Walaupun sifat muannas pada perkataan itu tidak mampu melembutkan perbuatannya (yang sangat admire ultraman dan superhero serta suka action), tapi aku boleh nampak 'nur' yang dibawa dalam perwatakannya sejak bayi.

Dia happy baby. Agah sikit je dia ketawa mengekek-ngekek. Belum diagah pun dia dah senyum lebar sampaikan tok ki nya di kampung panggil dia smael (mula-mula aku ingatkan ismail rupanya smile). Sampai sekarang dia masih seorang budak yang senang gembira dan menggembirakan orang. Peramah, mungkin jangkitan sifat akaknya yang sangat mesra alam. Tapi kadang-kadang ada juga angin ributnya. Tambah-tambah bila di-provoke kakaknya. Akan jadi taufan kalau dia tak puas hati sebab menyesal. Pandai pulak menyesal tu.

Sensitif. Yup. Paling ketara bila dia menangis tengok cerita kartun (lupa lak tajuk apa, pernah tayang kat tv alhijrah) yang anak burung ramai-ramai hidup dengan ibu burung dan akhirnya ibu burung mati dalam kebakaran hutan. Dia nangis teresak-esak, meleleh-leleh air mata dan asyik tanya 'mama ye ane?' Bila aku cakap mama dia dah mati lagi kuat dia nangis. Adoyai... Akhirnya ditenangkan oleh aku dengan usahasama kakaknya yang cakap mama dia masuk syurga. Itupun kena terangkan panjang lebar. Lepas berapa minit ntah baru reda. Tapi mata masih merah. Hadoi.. Tak terfikir pula aku ada kartun sad ending macam ni.

Bangun tidur dia akan senyum. Sampai sekarang. Pernah sekali dia tidur dengan titush (plushtoy tikus), bila celik mata (celik separuh je pun..) dia nampak titushnya dan tangannya goyang-goyang dan cakap 'Ai titush' dengan senyum hensem baru bangun tidur. Hee.. Kalau tak selalunya dia akan 'Ai mama..' Kadang-kadang dia turun katil dan cari aku kat tempat gosok baju dan datang peluk dan kalau aku peluk dan gosok-gosok kepala dia akan cakap 'yang mama' dengan senyum hensem itu.
Lagi, dia suka sepetkan mata, senyum nampak gigi, gesel-geselkan kepala kat mama, papa, atuk, nenek, dan buat bunyi meow, meow..
Tapi kalau dah namanya boy, tau-tau ajelah ye lasaknya. Kadang-kadang macam Dennis The Menace pun ada.

Eh, berbalik kepada cerita nama tadi. Sekarang aku tengah perah otak untuk nama adik dia. Oh ye, nama aku juga bersifat muzakkar sebenarnya tapi dineutralkan dengan pangkal Siti.

Thursday, April 24, 2014

Gendang Gendut Tali Kecapi

Bila aku makan manusia mini dalam perut seperti berjoget-joget kat dalam. Tidaklah dapat dipastikan adakah dia sedang berjoget kegirangan atau terganggu dengan bunyi-bunyi sistem yang sedang menghadam makanan.

Atau mungkin dia sedang bersilat?

Monday, April 21, 2014

Sonyum..

Tocang pokok kelapa atas kepala




Anak mama yang ini sonyum cenggini tak tau papa nak poei tongah laut minggu ni.

Pagi ni dapek lak berito pasal MH 192. Adoi ai.. Dalam duo minggu papa ado ompek flight trip tak termasuk heli laei tuh. Doa lah yo..

Friday, April 18, 2014

بـاركــ الله لكـمـا وبـاركــ عليكـمـا وجـمـع بينكـمـا فـي خيـر

Gambar dicilok tanpa pengetahuan incik jurugambar merangkap kroni pengantin. Sila klik sini:

Seperti yang dijanjikan, ini gambar adik ipar dan biras den.

Doakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Amin..


Nak Minta Tolong Sikit Boleh?

Kadang-kadang kita segan nak minta tolong takut-takut akan menyusahkan orang.

Tapi kita tak sedar bila kita tak minta orang tolong kadang-kadang boleh membawa kesusahan yang lebih bukan saja kepada orang yang kita tak nak susahkan itu tapi juga kepada diri sendiri.

Lebih parah lagi bila akan ada lebih ramai lagi akan terjerat dan 'TERsusah' sama di atas keseganan kita yang pada awalnya rasa boleh buat sendiri tanpa minta tolong.

Moralnya, jangan segan nak minta tolong dan silalah berterima kasih dan ingat jasa. Semoga suatu hari nanti kita mampu untuk membalas budi. Segan dan malu biar bertempat.

Bereh boh?

Thursday, April 17, 2014

Buah-buahan dan Budak Bulat.


Minggu ni bakul buah penuh. Dalam kantung nan kunin itu ada kedondong.






Budak ini anti buah-buahan kecuali pisang. Itupun pisang yang telah diproses jadi pisang goreng.
Muka boring pandang mama layan whatsapp. Ok, ok, jom kita lukis sama-sama.

Wednesday, April 16, 2014

Cinta Hati Mama



Ini cinta hati mama. Yang di tengah-tengah itu bukan mamanya ye.

Pengantin belum sampai jadi boleh main-main dulu depan pelamin. Nak kontrol si hensem itu mama kena jadi helikopter. Itu nak usik, ini nak dicabut, itu nak dilompat, ini nak dipijak. Baru satu jam tukar baju segak bergaya dah comot sana sini.

Pengantin sampai, dua-dua naik mengantuk dan tergolek di tengah balairong seri. Penangan tidur dekat pukul dua pagi. Amekaw.. Dapatlah mama keluar layan tetamu.

Pernah dulu masa papa ke tengah laut si cantik bulat itu menangis rindu papa jadi mama pujuk cakap mama kan ada.. Jawab dia tapi mama garang.. Ahahaks. Masa dengar mama tak boleh tahan gelak. Mama garang supaya anak-anak mama nanti jadi orang. Tak faham sekarang tak apa, nanti besar boleh faham insya Allah.

Segarang-garang mama anak-anak mama boleh lagi dengan senang hati panjat belakang mama bila mama duduk-duduk rehat. Datang peluk mama masa mama masak. Gelungsur atas belakang mama masa mama sujud. Jadi rasanya belum tahap garang mak rimau. Heee.. Sebelum jadi garang mama mesti bagi warning. Kali ke-tiga warning tak jalan tone suara mama akan lain pitchingnya. Tapi pukul mama tak sanggup. Paling kuat mama jentik. Jentikan jari mama memang boleh buat cinta hati mama ni serik. Er, tapi sekejap je kot. Hadoi..

Nak tempek gambar pengantin tapi tak ada kena mintak ehsan jurugambar. Nantilah yo.

Tuesday, March 25, 2014

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Persoalannya mungkin bukan lagi di mana.

Kenapa dan bagaimana itu lebih misteri.

Dan aku masih mengharapkan keajaiban.

Al-Fatihah..

Friday, March 21, 2014

Misi Yang Melencong

Leng Lui: Sabun kat sini pulak.
Leng Chai: Otey, bosh..

(Misi basuh keta yang melencong... Biasa tu..)
Leng Lui: Adik tiup macam ni nanti keluar bubble.

Leng Chai: Otey bosh... Fuh.. fuh..

Lepas basuh keta basuh diri sniri.

Lepas tu mama kena kemas sume. Biasa tu... Keretanya takdelah bersih mana pun. Alasan tu sume nak main air.

Si Leng Chai itu kalau menjawab mesti cakap ok bos sebab Leng Lui yang suruh panggil dia bos. Baru-baru ni aku baru dapat tahu kenapa  Leng Chai itu selalu jawab macam tu. Mula-mula ingatkan sesaja je dia nak cakap camtu. Sabor je la.

Lepas tu air mandian akan digunakan untuk siram pokok-pokok. Subur semua pokok.

Friday, March 7, 2014

Cakap Betul-betul Ye Sayang

Leng chai diam di suatu sudut. Leng lui nampak dan report kat mama.

Leng lui: Mama, adik nak rasa berak.

Mama: Bukan.. Adik rasa nak berak..

Leng lui: Oooo, be-i-tu..

Wednesday, March 5, 2014

Aku Rasa Nak Gelak Guling-guling Sambil Menangis


Pagi ni dapat emel ini maknanya sistem baru di sini sudah dilaksanakan.;

"Dear SITI

Referring to your Lateness/Early Leave/Insufficent Hours on 04/03/2014. Kindly state your reason of Lateness/Early Leave/Insufficent Hours for verification.

Please click the link below to update your reason"


Aku klik link tu dan tengok ada insufficient hour selama 41minit dan aku isi kotak alasan. Alasan yang aku isi (setelah diterjemah ke bahasa Melayu); berurusan di bilik air beberapa kali + solat.

Lain kali aku nak tambah lagi yang part solat tu ayat dalam kurungan; dari tingkat 21 turun ambil wuduk di tingkat 20 dan solat di tingkat 19. Keh3.. Kalau nak nampak kurang ajaran sikit tambah ayat dalam kurungan lepas ayat berurusan kat bilik air; rasa sakit perut, masuk toilet, lepas 5 minit mencuba yang keluar hanya kentut - peristiwa berlaku beberapa kali. Erkk...

Aku rasa lepas ni mungkin ada orang yang set KPI baru seperti ini:
"Kurangkan waktu kencing dan berak dan sembahyang"

Aku ramalkan audien kuliah zohor di surau ofis dan bilangan makmum solat jemaah akan berkurang. Jangan pulak ada yang jamak asar dan zohor waktu lunch sudahlah. Dah tu lepas setahun ramai dapat batu karang.

Aku dah agak sistem yang pelik-pelik akan muncul bermula dengan pembatalan sistem waktu anjal itu hari (dibatalkan dengan alasan yang cukup menjengkelkan). Jangan salahkan CEO sebab aku tak rasa ini kerja dia. Ini bukan signature dia. Er, maksud aku signature kerja bukan tandatangan. Jangan salahkan HR juga sebab diorang sebenarnya yang paling kesian. Keh3.. Patutlah HR manager tak tahan lama. Kesian.. Eh, aku kesiankan diorang, entah-entah diorang tengah kesiankan kitorang yang ditinggalkan kat sini. Eheheh..

So, what's next? To install cctv camera at every workstation? Then what? To monitor every activity at every workstation system? Next? To peep into every email account? Aih..

Hahahadoi..

P/S: I guess massive turnover will happen this year. Again.

Friday, February 28, 2014

Apa Jawapan Anda Untuk Soalan Ini?

Leng lui cium pipi mama. Lepas tu cium dahi mama. Tiba-tiba dia cium bibir mama. Mama cakap tak boleh cium bibir. Cium kat pipi dengan dahi je. Dan si leng lui itu cakap, "Habis, dalam tv tu?"

Wednesday, February 26, 2014

Berita Ngeri Hari Ini


"An average of five children are abused every week in the country, and the main culprits are babysitters and maids.

Fathers make up the second largest number of abusers, according to police statistics"

-the star online-
sumber: the star online

Pagi tadi dengar berita dua beradik tiri umur lima tahun dan 1 tahun mati disembelih maid yang lepas tu bunuh diri.

.....

Ngeri kan?












Monday, February 24, 2014

Macam Bodoh Je..

Kayu pengukur yang bengkok tidak mampu menghasilkan garisan yang lurus.

Bangangnya bila ada yang cuba buat garisan lurus menggunakan kayu pengukur yang bengkok lepas tu yang melihat kata itu garisan lurus.

**
Maaf bahasa agak kasar. Tidak mampu ganti dengan perkataan lain. Maaf lagi sekali.

Tuesday, February 18, 2014

Minggu Lepas Dapat MC Satu Minggu

Satu hari balik kerja rasa penat gila. Betul gila penat. Tapi sempat juga angkat kain, lipat kain, berkungfu dengan kanak-kanak riang, solat maghrib, lepas tu dah tak boleh tahan. Rasa nak baring. Baring kejaplah kot. Kain tak habis lipat, masak pun belum. Incek papa balik dan incek papa nampaknya sama penat. Ok, tapau saja, rancangan balik Soromban malam tu kensel. Esok pagi je lah. Lepas isyak terus lelap, anak-anak entah bila tidur pun tak tahu. Sedar-sedar tengah malam rasa sejuk gila-gila punya sejuk. Badan sakit-sakit, sendi lenguh-lenguh. Incek papa pun sama. Pulak..

Pendek cerita kitorang kena denggi. Incek papa warded. Doktor nasihatkan aku sama masuk sebab bawak budak (hehe..) tapi sebab aku tetiba rasa macam sihat jek aku menderhaka nasihat doktor. Aku balik rumah. Boleh gitu.. Ada beberapa sebab yang mempengaruhi kepututsan menderhaka tersebut.

 1- aku risau anak-anak walaupun ikut logik aku patut berjauhan dari diorang sebab takut berjangkit (kot-kot ada nyamuk gatal nak gigit aku pastu gigit anak-anak).

2- kena tahan kat hospital adalah perkara paling bosan yang aku tak boleh tahan.

3- Aku rasa macam sihat dan kalau aku kena tahan kat hospital aku rasa macam orang sakit.

Tapi tiap-tiap hari aku tak ponteng appointment dengan doktor untuk buat blood test. Dan aku ikut nasihat doktor minum air banyak-banyak sampai aku pernah teguk 6L air dalam satu hari. Kagum betul aku kat diri sniri. Cis, takbur pulak.. Tapi kenalah ulang-alik buang air 20mnt sekali. Sanggup? Heh..

Ada beberapa pengetahuan dan pengajaran yang aku dapat daripada pengalaman mendenggi minggu lepas.

1- Jangan over-confident tak kena denggi walaupun tak pernah terserempak aedes dalam rumah sebab diorang datang tanpa bagi salam.

2- Kalau dah syak kena denggi cepat-cepat pergi klinik sebab pengesanan peringkat awal membolehkan kita bertindak cepat, berlagak sihat dan menderhaka nasihat doktor untuk ditahan di hospital. Ngehh...

3- Dah confirm kena denggi sila minum air banyak-banyak kalau tak nak kena tahan kat hospital dan baring dan air masuk ikut tangan. Tak suka tak suka. Kalau air tu boleh masuk ikut mulut buat apa susah-susah nak cucuk kat tangan kan.. (Dasar penakut jarum. Cis).

4- Cara-cara untuk minum air dengan banyak - siapkan botol air mineral yang besar 1.5L tu, penuhkan, pastu minum sikit-sikit sampai habis. Dah habis, tambah lagi dan minum lagi sikit-sikit sampai habis lagi. Dan lagi dan lagi. Pastikan boleh habis sekurang-kurangnya 2 botol tu dalam masa 24 jam. Ya, 24jam, den tak suruh ekau minum 2 botol tu dalam 2 jam yo.. Jangan sekso diri. Haa, lagi banyak lagi bagus. Er, bersedia untuk ulang alik buang air. Hee..

5- Pastikan takde demam. Mesti selalu monitor suhu badan.

6- Jangan ponteng ujian darah.

7- Dulu ingatkan ambil darah cucuk hujung jari je rupa-rupanya tiap kali ambil darah dia ambil satu tabung lebih kurang 3 - 5 ml. Aku kena 6 kali cucuk dalam satu minggu tu. Adui...

8- Nak ikut petua orang tua-tua makan sup ketam ke, minum air rebusan daun betik ke terpulang. Tapi den tak buek tu sumo. Hehe, tak sanggup den minum air daun botik tu. Baiklah den minum air bobanyak. Tapi kalau boleh buat, buatlah. Usaha..

9- Jangan memperlekehkan petua orang tua-tua walaupun anda taknak ikut dan jangan takbur kalau mampu berlagak sihat dalam tempoh kena denggi sebab semua tu Allah yang bagi. Kot tetiba dia putuskan nyawa kat situ apo nak dikato.

10- Istighfar banyak-banyak. Heee...

11- Rehat banyak-banyak terutama kalau sel darah putih banyak berkurang sebab akan cepat rasa penat. Banyakkan makan makanan berkhasiat. Yang ni walaupun aku cakap tapi aku pun tak buat. Ada anak macam si leng chai itu yang macam hyperactive korang ingat boleh rehat ke? Kih3..

Thursday, February 6, 2014

Sedingin Salju

Dalam Bahasa Melayu ada banyak perkataan pinjam dari bahasa lain yang selalunya disebabkan perkataan-perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang berasal bukan daripada dunia Melayu.

Tiba-tiba tadi terfikir dari mana asal perkataan salji atau salju? Adakah juga pinjaman dari bahasa lain? Kalau bukan, dan itu sememangnya bahasa Melayu, agaknya sejak bilakah perkataan ini mula digunakan? Dan adakah itu bermaksud salji pernah menjadi sebahagian dari dunia Melayu? Heheh, tiba-tiba terbayang duduk di serambi makan nasi lauk kangkung goreng belacan sambil pandang salji turun. Ahaks.

"Eni, angkat kain, salji dah turun..."

Eh, by the way (ceh, tercakap omputih lak) dulu masa duk di sebuah kampung kat Terengganu pernah turun hujan air batu kat kampung tu. Lepas hujan berhenti kitorang adik beradik pergi kutip air batu atas lantai simen di bilik air yang tak berbumbung. Tapi ais tu cepat sangat cair bila dipegang.

Thursday, January 30, 2014

Potong!

Semalam dapat memo - potong gaji sebab terlebih ambil cuti untuk tahun lepas. Gaji potong, cuti tahun ni pun potong juga. Mula-mula dulu ingatkan bila dah kena potong gaji maka tertebuslah cuti yang terlebih ambil itu. Rupa-rupanya penilaian penggubal peraturan itu tak berfikiran seperti aku. Makanya yang terjadi adalah seperti berat sebelah, seolah-olah orang-orang yang mengambil cuti terlebih itu diberi isyarat - padan muka kau.. Ahaha..

Tengok memo tu tanpa perasaan. Senyum je lah. Tiap-tiap tahun (sejak dapat anak) pun dapat memo yang sama. Pernah kena potong sampai 600 lebih kalau tak silap. Entah, lupa lak jumlah tertinggi. Eheh.. Takde ambil cuti untuk pergi holiday pun tak cukup juga. Puncanya kalau anak tak sihat dan tak sihat itu dah tentulah tak dirancang terpaksalah ambil cuti. Gitulah kisahnya. Takkan nak biarkan je anak tak sihat, kang kalau apa-apa jadi aku jugak yang menyesal. Kan..

Jadi antara menjadi ibu yang baik atau pekerja yang baik aku (dan aku rasa semua ibu-ibu pun) akan lepaskan pilihan untuk jadi pekerja yang baik yang tak pernah ambil emergency leave, yang tak pernah ambil cuti melebihi kuota dan oleh itu mungkin terlepas peluang kenaikan dan bonus tahunan (ehem..). Walaupun pilihan untuk jadi ibu itu bayarannya percuma, tiada gaji, tiada cuti, tiada bonus, hari-hari buat ot free. Tapi itu fitrah dan bila ikut fitrah hati bahagia. Ibu-ibu sila setuju (paksa pulak.. ehehe..)

Tiba-tiba terfikir kan bagus kalau anak sakit ibunya pun dapat mc macam yang sedang dibuat di Singapura sekarang. Itu hari (cam baru je padahal tahun lepas dah..) dapat tahu Singapura dah mulakan ni masa pergi rumah saudara kat sana. Katanya kerajaan Singapura sekarang sedang menggalakkan rakyatnya ber-anak untuk meramaikan warga tempatan dan salah satu caranya bagi mc kepada ibu yang anaknya sakit. Dan dia yang berkata itu pun baru je dapat baby hujung tahun lepas. Menyahut saranan kerajaannya..

Tapi kebanyakan pihak syarikat selalu berprasangka yang kurang baik kalau pekerja ambil EL. Apa ingat suka-suka ke? Diorang tak tahu kerja kat ofis yang berlambak-lambak tu 20 kali lebih senang daripada duk rumah jaga sorang anak yang tak sihat.  Kat ofis lunchtime boleh makan, ada masa lebih boleh tidur, boleh blogging (hehe..), kat rumah jangan harap. Kadang lunch sambil berlari pun ada. Tengah makan nasi, anak berak, kena lak yang tak sihat tu cirit birit, berhenti makan, cuci mana patut, baru sambung makan. Baru nak suap muntah pulak.. Ye lah, namanya budak tak sihat muntah tu biasa la. Kadang-kadang batuk pun boleh muntah. Anak tidur maknya bukan boleh tidur kena selesaikan semua kerja rumah sebelum budak tu bangun. Kang kalau dia bangun dia lak nak tolong sama boleh tambah kerja lain.  Oh ye, tau tak duk rumah jaga anak tak sihat maknya kadang-kadang tak boleh buang air pun.

Harap-harap di masa depan syarikat-syarikat akan diterajui oleh manusia maju yang berjiwa manusia dan bukan robot sebab robot tak pandai buat pertimbangan. Kalau programmer dah set macam tu, camtulah dia.

Primitif?

Wednesday, January 29, 2014

Mama Jangan Pakai Kain Tu..

Sampai rumah dah lambat, kung-kang-kung-kang kat dapur - keluar lauk beku, rendam air suam, tadah air, masak air, lari ke balkoni - angkat kain, sidai kain, lari ke belakang - masuk kain dalam mesin basuh, ke dapur pulak - kung-kang-kung-kang lagi kat dapur sambil layan kanak-kanak riang nak itu nak ini, mulut kecoh itu ini (biasa la mama, kan cheong..) menjawab soalan-soalan ulangan kanak-kanak riang (semalam dah tanya, hari ni tanya lagi, kalau tukar jawapan lain kang dia marah), lari pegi bilik air, sorang budak atas toilet seat, sorang dijirus-jirus diusap-usap, tukar pulak, sorang atas toilet seat, sorang main air, sarung lampin, spenda, seluar baju, bedak bagai, kecebur-kecebur pulak untuk diri sendiri, solat, tup tup jam dah pukul 8.10 mlm.

Janji dengan Incek papa nak jemput dia pukul 8.30. Alamak, kena cepat ni. Dalam tergesa-gesa menyarung baju aku capai satu skirt panjang yang satu-satunya available dan menepati spesifikasi untuk keluar dan tiba-tiba si leng lui menjerit dengan cemas.

"Mama, jangan pakai kain tu...!!" Muka dia memang giler cemas.

Aku belek-belek skirt tu intai atas bawah luar dan dalam sambil tanya, "Kenapa? Ada apa?" Takut juga kot-kot dia nampak lipas ke merayap masuk dalam skirt.

Dan leng lui jawab dengan suara yang masih cemas "Mama jangan pakai kain tu.. Mama buncit...."

Dan aku gelak guling-guling.

Cis..

Tuesday, January 28, 2014

Senang Je Pun

Beberapa perkara yang sebenarnya senang giler tapi apesal ramai (termasuk aku ler tu, jangan nak buat tak sedar diri - kata aku kepada diri sendiri) yang macam gila susah nak buat:

1- Bagi signal kalau nak masuk simpang.
Aku nak keluar simpang. Kereta banyak jadi aku kena sabar. Tungu dulu sampai ada peluang. Nak tunggu jalan clear memang tak lah. Ada kereta lagi, jadi aku bersabar lagi. Sekali dia masuk jalan tempat aku  duk tunggu nak keluar tu. Kalau awal-awal dia bagi signal dah lama aku dapat keluar. Cis.

2- Minta maaf kalau dah buat salah.
Bahagia betul hidup kalau semua orang minta maaf kalau dah buat salah. Oh ye, minta maaf dengan ikhlas.

3- Cakap baik-baik dengan anak sendiri.
Pelik, dengan anak sendiri cakap macam nak marah je, dengan anak orang lain cakap sambil senyum walaupun lepas kena baling dengan botol susu budak tu.

4- Diam.
Kalau bercakap asyik nak memburukkan orang lepas tu perasan bagus, kan lagi elok kalau diam. Tak susah pun.

5- Bertindak segera.
Apa-apa nak buat, buatlah segera, jangan tangguh-tangguh, jangan terhegeh-hegeh. Bangun pagi nak gi kerja boleh pulak peram tidur dulu sekali terlambat padan muka. Lepas tu asyik nak salahkan company bila dapat bonus sikit. Eheh..

6- Guna bahasa yang sopan terhadap keluarga sendiri.
Seorang bini dalam whatsapp group tulis " K, I nak masak ni, laki den nak mentekedarah". Seorang lagi tulis " I pun, cucu-cucu dah datang memekak ni". Dan omak den geleng kepala baca bahasa orang-orang tua tu semua. Kalau cakap makan kan lagi senang nak taip. Kalau taip je cucu-cucu datang kan elok. Suka pulak menyusahkan diri taip perkataan jelikdankasar.

7- Ikut giliran.
Dalam kata lain, beratur. Nak bayar tol, kat kaunter pasaraya, kat gerai nasi campur. Dah la potong Q, nak ambil lauk terhegeh-hegeh pulak, termenung depan lauk, Q (yang dipotong) tu kat belakang panjang lak tu, boleh pulak dah senduk kangkung tu letak pulak balik. Sabar je lah orang-orang kat belakang ye..

Lain-lain boleh tambah sendiri.

Friday, January 24, 2014

Fitrah


***

petikan dari the star online:

...

“I was very ambitious. Before getting married and having children, my career progress was very rapid. I always doubled my salary … and I never wanted children. I never planned to nor had any inclination to have children. But then, I got pregnant and the moment I held my baby, I fell in love. All I wanted to do, believe it or not, was to stay at home with her,” recounts Woo who has two daughters, Tessa, nine, and Tia, four.

Motherhood, she admits, completely changed how she defined success.

“Before, it was all about recognition, money and status. I used to get such a thrill being the only woman in a boardroom full of men. It was really satisfying.

“But, raising a child is really so much more difficult and challenging. If you can ace motherhood, you can ace the boardroom … no problem at all. My definition of success now is all about raising useful adults. Money, status … all those are secondary,” says Woo
...

artikel penuh di sini:
http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Women/2014/01/24/Professional-womens-balancing-act/ 


***

Aku setuju.

Thursday, January 23, 2014

Sila Ikut Spesifikasi

Sekarang baca berita macam baca cerita seram. Lagi ngeri sebab itu kisah benar. Mangsa makin lama makin muda. Penjenayah pun . Terbaru yang buat aku sentap berita budak dua tahun kena rogol, kena liwat, lepas tu kena bunuh. Dua tahun. Kecik sangat. Anak aku dua tahun baru nak bercakap.

Binatang betul. Eh, itu bukan macam binatang lagi dah. Itu dah macam setan. Aku ingat itu hari cukuplah cerita arwah Nurin yang sampai hari ni aku tak boleh sebut atau dengar nama dia. Tapi lepas tu bertubi-tubi cerita lain keluar, dera, bunuh, kes tiga beradik kat Alor Setar itu hari, dan lagi dan lagi.

Terlintas kat kepala otak aku yang macam pandai (sangat..) ni yang jenayah ni akan berkurang dengan penguatkuasaan undang-undang...




...Islam.




Ya, undang-undang Islam dengan erti kata lain Hudud yang ramai orang fobia dengar. Takut tak tentu pasal. Adui. Fobia sebab tak kenal. Tapi cuba ambil masa dan study sikit dan sikit lagi dan lagi dan otak yang macam cerdik jer tu akan dapati inilah undang-undang paling adil. Undang-undang ciptaan manusia nak bandingkan dengan undang-undang ciptaan Allah macam membandingkan robot dengan manusia.

Perbezaan yang paling senang antara undang-undang sivil dengan hudud - undang-undang manusia kesian kat penjenayah, hudud kesian kat mangsa. Mana lebih adil? Dalam hudud pengampunan diberikan oleh mangsa (atau keluarga mangsa kalau mangsa tu terbunuh) tapi dalam undang-undang sivil pengampunan diberi oleh pemerintah. Bayangkan anak si A kena rogol, dihukum ikut undang-undang sivil, tup-tup berkelakuan baik konon dan pemerintah bagi pengampunan. Rasa-rasa apa perasaan si A itu, anak dia yang kena rogol, keluarga dia? Adil sangat lah tu. Lagi nak mempersoalkan hudud.

Hudud ibarat spesifikasi yang Allah dah siapkan untuk ciptaan dia. Ibarat engineer kereta dah tetapkan spec untuk kereta yang dia design kena pakai minyak petrol, tetiba orang yang pakai kereta tu memandai-mandai tuang minyak masak dah tentu tentu ler rosak kereta tu. Adoyai.. tak paham-paham..

Tapi tu lah, nak laksanakan bukan boleh ambil masa setahun dua, tambah-tambah dalam negara bermasyarakat majmuk. Tapi kalau pandai cubalah masukkan unsur-unsur hudud tu diam-diam dan jangan labelkan hudud ke Islam ke, barulah manusia-manusia yang takut-tak-tentu-pasal tu tak melatah.

Disebabkan golongan yang takut-tak-tentu-pasal ni lah sekarang kita yang takut-tak-pasal-pasal. Adoi ai..

Rimau Putih Cedera Lagi

Di suatu pagi yang sibuk. Jalan sesak. Sampai plaza tol beratur di lorong tunai, nanti senang exit. Aku tengok palang tol tergantung. Tapi kereta masih boleh lalu. Bayar tol, lampu hijau, jalan. Palang masih begitu. Tergantung. Tak mau dia turun. Semua kereta berlalu dengan selamat tapi hati aku ragu-ragu. Incek papa bayar tol, lampu bertukar hijau dan Incek papa jalan.

Tiba-tiba, bang!.. Adui.. Keraguan aku terbukti berasas. Tiba-tiba rasa nak sepak tapi aku nak sepak sape? Bukan salah tolgate girl. Jadi langkah terbaik adalah istighfar. Itupun selepas beberapa minit. Biasa ler, manusia, kena musibah mesti nak marah je dulu. Sudahnya Incek Papa kena ambil cuti buat aduan kat pejabat lebuhraya yang bertanggungjawab (sangat..) tu, buat aduan polis, pergi ibu pejabat trafik lagi, balik ke pejabat lebuhraya untuk lengkapkan aduan dengan lampiran aduan polis untuk tuntut gantirugi.

Aku tak tau macamana kerugian tu dikira. Kalau setakat bayaran bengkel aku rasa tak berbaloi. Cuti satu hari Incek papa tergadai. EL pulak tu. Dah masalah kat performance appraisal hujung tahun nanti (eheh). Lagi, duit minyak dari pejabat ke pejabat lebuhraya ke balai polis, ke ibupejabat polis trafik yang entah berapa belas km, patah balik ke pejabat lebuhraya, minyak mahal oo. Belum lagi kira penat dan lelah. Lagi, masa; lapan jam. Nanti nak pergi bengkel, lagi keluar duit minyak. Belum tau lagi kos repair.

Dan semua ini terjadi di hari jadi Incek papa. Kesian..

Tuesday, January 21, 2014

They are guilty before proven innocent

Petikan dari The Star Online:

***

The problem with protecting a child’s rights as pointed out by a psychologist friend of mine is that sometimes the parent’s rights as are being disrespected. “They (parents) are guilty before proven innocent,” she said referring to the Azizul Raheem and wife.

She also disagrees with the idea that the children be separated from their parents which she believed could do more harm than the hitting could have done.


“Imagine too the guilt that the 12-year-old son must have felt for what he had told his teacher had resulted in the parents being detained and now the children are reported to be unhappy.”


The psychologist who had lived in many countries around the world also observed how in some countries where children protection rights work to their advantage, some (children) had taken advantage of the law by making false reports against their own parents.


“Some would go as far as divorcing their parents, or accusing them of serious offences like rape just so they can have the freedom than they coveted.”



***


Artikel penuh di sini:

http://www.thestar.com.my/Opinion/Online-Exclusive/Humour-Me/Profile/Articles/2014/01/21/Price-of-one-size-fits-all-moral-codes/

Wednesday, January 15, 2014

Pizza, Nasi Goreng, dan Sebuah Penantian

Suatu petang kepala rasa berat. Macam biasa kalau kepala berat akan menjurus kepada kemalasan untuk bersilat di dapur. Kebetulan juga hari itu incek papa kena stayback dan makluman adalah pada saat-saat terakhir. Katanya client nak drawing malam tu jugak. Apa boleh buat, pelanggan sentiasa betul. Dalam kepala mula merancang perancangan paling berkesan (konon) - order pizza untuk makan malam. Ok, cun.

Balik jemput kanak-kanak riang di taska. Dalam kereta macam biasa aku tanya penasihat diet untuk menu makan malam. Menda dah plan dalam kepala nak order pizza lagi mau tanya ka? Sebenarnya buat-buat tanya sebagai survey penerimaan kanak-kanak riang itu terhadap menu pilihan mama. Gitu..

mama: Malam ni mama order pizza je lah.

leng lui: Kenapa?.. (kecewa)

mama: Ala, mama sakit kepala la.. Malas pulak nak masak (cuba buat muka kesian)

leng lui: Tak nak lah pizza, mama masaklah..

mama: hadui.. ok..

Nampak tak? Hari-hari masak makan malam bukan sebab aku rajin tapi sebab aku ada penasihat diet yang boleh diharap (sangat...). Dan malam itu dia 'nasihatkan' aku masak nasi goreng siap ada carrot dalam tu. Katanya nak makan sayur nanti cepat besar boleh sekolah tadika. Katanya... Jadi malam itu semua orang terselamat daripada memakan tepung.

Lepas makan malam, keluar jemput incek papa. Hajat di hati nak keluar lewat sikit tapi memandangkan si leng chai hampir-hampir lentok baiklah keluar sebelum dia lena. Nanti aku jugak yang susah nak menggendong budak 16kg tu. Nampak macam slim tapi saiz macam budak tiga tahun. Itu takpe lagi, jangan si leng lui yang lena penat aku nak pikul 22kg. Adui. Baru tiga tahun kot..

Sampai pejabat aku park betul depan papan tanda no parking. Cis, gedebe sungguh. Aku terpaksa. Itu tempat paling selamat, paling happening, paling mudah untuk access kepada sebarang bantuan kalau ada kecemasan. Itulah, fikir mesti nak jauh. Bukan suka-suka aku nak melanggar undang-undang. Isu keselamatan adalah keutamaan. Tambah pula aku menunggu dengan kanak-kanak muda (baca: young children).

Sedar tak sedar 3 jam menunggu. Bebudak tertidur. Eh, er, bebudak tu sebetulnya dipaksa tidur setelah bunga-bunga pergaduhan dek keboringan+kemengantukan mula terbit.

Buka tingkap sikit (sikit je kasi udara malam masuk), off enjin, pandang belakang, pub itu masih kedengaran bunyi bola-bola pool masuk lubang, tengok depan, karaoke itu macam ada orang, tengok tepi, 7E macam happening lagi, apartment sebelah yang sewa rm3k sebulan tu (motif bagitau harga - supaya korang tau aku tak mampu duk situ kalau tak, tak payah aku susah-susah keluar jemput incek papa. Hee..) masih ramai keluar masuk, security masih lalu lalang, ok, tidur... sampai incek papa ketuk pintu kereta pukul 12.30 malam.

Thursday, January 9, 2014

Penaakulan Mantik; Deduksi dan Aruhan


Satu

2014 - tahun untuk keluarkan lebih banyak wang. Tahun seterusnya belum tahu lagi. Bila duit kena keluar lebih, kenalah cari duit lebih. Bila nak cari duit lebih, kuranglah masa bersama keluarga. Suatu masa nanti masa untuk bersama keluarga akan jadi suatu benda mewah yang tak mampu dimiliki semua.

***

Dua

Cerita lain, satu kisah benar bulan lepas.

Aku tunggu pengasuh taska siapkan beg leng chai dan leng lui sebelum balik. Datang seorang lelaki. Oh, rupa-rupanya bapa budak itu. Tak pernah aku tengok, selalu tengok maknya je. Bila nak ambil kasut di rak kasut, dia tak tahu mana satu kasut anak dia. Anak dia blur pulak bila tanya kasutnya yang mana satu. Tak tahulah kot anaknya belum pandai cakap, tak pernah pula aku dengar budak tu cakap. Aku tanya leng lui kalau-kalau dia tahu. Dia intai-intai rak kasut dan cakap tak tahu. Akhirnya ada seorang pengasuh kenal kasut anak dia.

Nasib baik lelaki tu kenal anak dia yang mana satu.

***

Tiga


Tahun 2014 akan ada lebih ramai yang tak kenal kasut anak.

Wednesday, January 8, 2014

Tak Semua Orang Itu Manusia

Ihsan thestar.com.my